Polis buru wanita misteri edar kopi durian campur dadah hingga sebabkan 7 individu masuk hospital

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, wanita berketurunan Cina berusia dalam lingkungan usia 40-an dipercayai pihak pertama yang dikesan mengedar kopi berkenaan di sekitar Jelutong.

Beliau menjelaskan bahawa keterangan daripada wanita berkenaan amat diperlukan oleh pihak polis untuk melengkapkan proses siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 272 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu polis meminta kerjasama wanita berkenaan untuk tampil sendiri bagi membantu siasatan,” kata Anuar dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah tersebut di sini, pada Selasa.

ARTIKEL MENARIK: Betul-betul Bapa Saudara Jahaham… Kali Ini Dia Dituduh Dengan 253 Pertuduhan Yang Dilakukan Terhadap Dua Lagi Anak Saudaranya Yang Ketika Kejadian Hanya Berusia 6 dan 10 tahun…

loading...

Seramai lima individu termasuk dua wanita dirawat di Hospital Pulau Pinang selepas mengalami gejala letih dan lemah teruk malah ada tidak sedar diri selepas dipercayai minum sejenis kopi sejak minggu lalu.

Kesemua mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun ditahan di wad untuk pemerhatian dan dijalankan beberapa ujian. Tiga daripada mereka dibenarkan keluar wad selepas keadaan mereka bertambah baik.

Sementara itu Anuar memberitahu, keputusan ujian kimia yang dilakukan terhadap sampel kopi yang diminum dua lelaki Nepal dijangka diperoleh pada hari ini.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post