“Bila perut bertemu perut…” – Linda Onn lawan baby bump dengan Nora Danish

“Bila perut bertemu perut…” – Linda Onn lawan baby bump dengan Nora Danish

Baik Linda Onn mahu pun Nora Danish, kedua-dua selebriti ini sedang menantikan detik kelahiran bayi masing-masing.

“Bila perut bertemu perut…” – Linda Onn lawan baby bump dengan Nora Danish
“Bila perut bertemu perut…” – Linda Onn lawan baby bump dengan Nora Danish

Linda dijangka bakal bersalin kurang lebih empat minggu dari sekarang manakala Nora pula dijangka bersalin pada 9 Mac depan.

Debaran menantikan cahaya mata masing-masing diserikan dengan keletah bersahaja kedua-duanya ketika bertemu di majlis resepsi Betty Rahmad baru-baru ini.

Linda juga sempat memuat naik beberapa keping foto bersama Nora sambil menayangkan baby bump masing-masing.

ARTIKEL MENARIK: Masih Degil… Sesen Pun Hana Belum Dapat Wang Daripada Watie

loading...

“Bila perut bertemu perut. Semoga urusan kelahiran cahaya mata anda berjalan lancar @noradanish. Amin,” tulis Linda.

Memandangkan Linda antara selebriti yang jarang mengemaskini akaun media sosialnya, perkongsian comel kedua-dua selebriti itu mendapat perhatian peminat yang mendoakan proses bersalin berjalan lancar.


“Dulu lawan body seksi sekarang lawan perut seksa. Semoga baby keluar cantik macam Mummy,” tulis @ulmilu.

“Tahniah kedua-duanya. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran nanti @lindaonn7 dan @noradanish,” tulis @cik.kemal.mk.



“Besarnya perut Nora. Apapun semoga selamat bersalin dan selamat berpantang,” doa @feza_hafisza.
“Nampak perut Kak Linda macam baby girl, perut Kak Nora macam baby boy. Apapun, tahniah. Semoga dipermudahkan semuanya,” tulis @sabarian_6240.

Teks oleh: Amri Hassan

Foto: IG @lindaonn7
Sumber: Astro Gempak

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post