“Umpan aiskrim dan wang sebelum cabul” – Warga emas 61 tahun cabul anak jiran usia 7 tahun sejak setahun lalu

“Umpan aiskrim dan wang sebelum cabul” – Warga emas 61 tahun cabul anak jiran usia 7 tahun sejak setahun lalu

Georgetown: Umpan aiskrim dan wang sebelum cabul. Itu dilakukan seorang lelaki warga emas terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang juga anak jirannya sebagai habuan menutup mulut kerana mencabul mangsa sejak setahun lalu.

“Umpan aiskrim dan wang sebelum cabul” – Warga emas 61 tahun cabul anak jiran usia 7 tahun sejak setahun lalu

ANGGOTA polis mengiringi suspek untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong

Bagaimanapun perbuatan itu terbongkar apabila mangsa dikatakan menceritakan kejadian terbabit kepada ahli keluarganya yang kemudian menghubungi Talian Nur untuk membuat aduan.

ARTIKEL MENARIK: Budak 12 tahun beranak hasil hubungan dengan kekasih umur 15 tahun

loading...

Menurut sumber, mangsa dalam aduannya mendakwa jirannya akan memberi ‘upah’ aiskrim serta wang setiap kali dicabul dan suspek meminta kanak-kanak terbabit supaya merahsiakan kejadian itu.

“Mangsa memberitahu suspek memasukkan jari dalam kemaluannya selain turut meraba seluruh anggota badan dan juga pelbagai aksi tidak senonoh lain.

"Umpan aiskrim dan wang sebelum cabul" - Warga emas 61 tahun cabul anak jiran usia 7 tahun sejak setahun lalu
“Umpan aiskrim dan wang sebelum cabul” – Warga emas 61 tahun cabul anak jiran usia 7 tahun sejak setahun lalu


“Kejadian itu didakwa dilakukan suspek beberapa kali sejak tahun lalu terhadap mangsa di kawasan rumah mereka di Ayer Itam dan kanak-kanak berkenaan hanya membuat aduan kelmarin,” katanya.

Sumber berkata, sepasukan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat kemudian bergegas ke rumah mangsa untuk bertemu bapanya yang kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada koyakan lama pada kemaluan mangsa namun doktor belum dapat memastikan punca koyakan terbabit.

“Suspek yang berusia 61 tahun kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.



Sumber: Metro


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post