Saya terjebak dengan zina sewaktu berada di IPT. Setiap minggu saya keluar bersama teman lelaki.
Kisah benar: Pengakuan sayu wanita lahir anak zina |
Kehidupan di bandar membuat saya bebas. Kejutan budaya membuatkan saya lupa mengerjakan solat. Saya lupa segala pesanan emak ayah. Saya seronok hidup bebas tanpa siapa yang ambik peduli apa yang saya buat.
ARTIKEL MENARIK: Suami Mandul jadi saya berzina beberapa kali dengan teman lelaki, pengakuan jujur isteri
loading...
Hubungan yang intim telah menjebak saya melanggar larangan Allah. Saya rasa bahagia. Rupanya bahagia palsu. Saya tertipu. Apabila saya disahkan mengandung, saya bagitahu teman lelaki. Apa dia cakap?
” betul ke itu anak saya?”
Betapa hancurnya hati apabila teman lelaki meragui kesetiaan saya. Seseolah dia mahu menyatakan bukan dia seorang yang meniduri saya. Seseolah saya bertukar pasangan. Seseolah saya berzina dengan ramai orang. Sangat kecewa. Dan saya membuat keputusan, walaupun dirayu suatu hari nanti, dia tak layak menjadi suami. Saya tidak sudi lagi bernikah dengan orang yang telah meragui kesetiaan saya.
Menyesal tidak kesudahan membuat emak dan ayah kecewa. Terlukanya hati mereka atas perbuatan saya. Ayah menangis berminggu minggu apabila membaca surat yang saya tinggalkan selepas keluar dari rumah tempohari.
Saya datang sendiri ke Baitus Solehah. Naik bas, turun bas membawa sedikit pakaian. Alhamdulillah, masih ada tempat yang sudi menerima saya untuk berlindung. Niat saya satu saja datang ke Baitus Solehah, untuk dibimbing bertaubat. Saya mahu berubah. Saya anak sulung dari 3 adik beradik. Saya anak yang cerdik sehingga dapat menjejak kaki ke universiti. Saya berjaya menamatkan penggajian sarjana muda.
Emak dan ayah menaruh harapan saya menjadi contoh kepada adik adik. Diharap dapat membantu keluarga. Kami bukan keluarga berada. Bapa cuma bekerja kilang dan memiliki sebuah motorsikal digunakan untuk berulang rumah ke tempat kerja. Emak cuma bekerja sebagai pembantu dapur di kantin sekolah. Saya telah memusnahkan kepercayaan emak ayah.
Saya telah selamat melahirkan anak secara pembedahan . Anak saya perempuan. Sejak mengandung hingga anak saya berumur 2 tahun, saya tidak diizinkan pulang ke rumah. Jika mahu pulang, tak boleh bawa anak.
Habis tu kemana saya nak letak anak saya. Anak yang lahir dari rahim saya. Saya lahirkan dia kedunia dengan status anak tak sah taraf, kemudian mudah saya lemparkan status untuk ditanggung oleh anak sendirian bersama keluarga angkat.
Begitu mudahkah saya melepaskan beban atas kesilapan saya?
Suatu hari nanti, anak saya akan tanya, siapakah bapanya? Apa saya nak jawap? Suatu hari nanti anak saya akan bersekolah. Mesti kawan kawan akan tanya, mana bapanya? Kenapa tak pernah nampak bapa jemput pulang dari sekolah. Suatu hari nanti anak saya akan bernikah, Menggunakan wali hakim. Mesti anak akan tanya kenapa wali hakim? Oh…kasihan anak saya, dia yang terpaksa menaggung segala beban emosi ini.
Pengakuan kisah benar seorang pelatih Baitus Solehah. Semoga menjadi teladan kepada semua untuk dijadikan iktibar.
Yang mencatat kisah benar,
Mak Liza
EBerita
Post a Comment