Korang dah start ke tengok drama”Dia” dekat TV3 tu? Admin minat teruk dekat cerita tu! Dah lah ada Irwansyah dan Adi Putra.
Bergadingan dengan Janna Nick dan Izara Aisyah pulak tu. Fuh, sekali empat pelakon padu dia kasi, gila ke tak tengok? Kaki-kaki drama semua mesti dah siap record dan buat reminder kan? Sebab admin pun macam tu hehe
ARTIKEL MENARIK: Penyanyi Asal lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil Serang Andi Bernadee. Ini Penjelasan Upiak Isil “Saya Orang Kampung Dan Tidak…”
loading...
Mesti korang yang lain ni teringin nak tahu kenapa admin beria siap record cerita tu kan? Ha! Ni admin senaraikan 6 babak-babak yang buat admin jatuh cinta dengan cerita ni.
1. Kisah cinta Indonesia – Malaysia? Waahhh, mesti sweet!!
Bibit-bibit percintaan bermula bila Adit (Irwansyah) merantau ke Malaysia ketika mendapat peluang mengikuti program pertukaran pelajar ke Kuala Lumpur. Haa.. time dekat sekolah tu lah diorang bertiga ,
Adit, Aira dan Emelda mula berkawan. Tapi, Adit menganggap Emelda tidak lebih dari seorang kawan dan lebih menyukai Aira. Macam mana diorang start bercinta? Kena lah tengok drama ni hehe..
2. Pengorbanan Dalam Persahabatan
Untuk sesetengah orang, kawan ni dah macam keluarga dah. Sanggup buat apa-apa je demi kawan baik kita kan? Samalah macam dalam cerita “Dia” ni. Aira (Janna Nick) rela melihat rakan baiknya Emelda (Izara) berkahwin dengan cinta hatinya, Adit. Sebab kalau dia bagitahu mesti Emelda sedih, anak manja pulak tu kalau nak dibandingkan dengan Aira ni.
3. Perkahwinan Kehendak Keluarga
Adit terpaksa menikahi Emelda walaupun dia hanya menyintai Aira. Walaupun tak rela, Adit tak mampu melawan kehendak ibu bapanya yang menegaskan supaya dia dan Emelda untuk berkahwin. Hurm, kesian Aira, dah lah ada mak dia je, lelaki yang dia cinta, kawin dengan kawan baik dia sendiri pulak tu …
4. Kematian Insan Tersayang
Kalau korang tengok trailer tu, ada part paling sedih selain dari Adit kahwin adalah time Emelda tidak dapat diselamatkan semasa bersalin. Fuhh sedih dia menusuk ke kalbu beb.Dengan mak Emelda tu buat drama lagi dengan menangis-nangis salahkan Adit, padahal bukan salah dia pun kan? Ke ada salah dia? Ha tu korang kena tengok sendiri lah. Admin pun tak tahu.
5. Pengganti Dalam Kesedihan
Siapa je boleh tahan kalau kawan baik sendiri kahwin dengan orang kita suka kan? Lagi-lagi dalam kes Aira and Emelda ni, diorang duduk satu rumah pulak tu. Luluh hati hari-hari pun penat jugak kan? So, Aira pun lari ke tempat , ha kat situlah dia jumpa…Zaid seorang peguam yang dilakonkan oleh Adi Putra yang ingin memperisterikan Aira. Haaa cute kan?
6. Konflik percintaan masih lagi berterusan.. Adit atau Zaid?
Drama ni jadi lebih konflik apabila Aira dan Adit masih tak dapat bersama walaupun mereka masih ada perasaan cinta antara satu sama lain. Walaupun Aidit dan berlaku jujur dengan bapanya yang dia tak nak kahwin dengan Emelda, tapi apakan daya, kehendak ibu bapa harus diutamakan betul tak?
Sebelum Emelda meninggal, dia ada kasi pesanan dekat Adit, yang kalau dia sudah tiada, hanya Aira yang boleh jadi penggantinya. Ha, so korang rasa, Adit kahwin tak dengan Aira? Zaid pula macam mana? Hurmm.. konflik teruk ni..
Macam best je cerita ni! Hari apa ek?
Drama 60 episod yang menggabungkan dua negara ini pasti menyentuh hati penonton. Jom saksikan drama DIA setiap Jumaat-Ahad, 9 malam hanya di TV3! Ramai lagi pelakon yang best-best dalam drama ni, antaranya ialah Zamarul Hisham (Hafiz), Sandrinna Michelle Skornicki (Icha Aulia).
Ramai lagi pelakon yang best-best dalam drama ni. Antaranya, Emma Maeombong, Farouk Hussein, Aleza Shadan, Adi Putra, Kevin Andrean, Tatiana Sivek, Juliana Moectar serta Adhitya Alkatiri. Korang sebelum tengok jangan lupa sediakan tisu okay! Selamat Menonton!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : OhBulan!
Post a Comment