Penyanyi Asal lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil Serang Andi Bernadee. Ini Penjelasan Upiak Isil “Saya Orang Kampung Dan Tidak…”

Penyanyi Asal lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil Serang Andi Bernadee. Ini Penjelasan Upiak Isil “Saya Orang Kampung Dan Tidak…”

KUALA LUMPUR: Penyanyi asal lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil, menjelaskan beliau tidak berniat hendak menimbulkan kekecohan apabila dikatakan ‘menyerang’ Andi Bernadee di laman sosial bakat baharu itu, baru-baru ini.

Penyanyi Asal lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil Serang Andi Bernadee. Ini Penjelasan Upiak Isil “Saya Orang Kampung Dan Tidak…”
Penyanyi Asal lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil Serang Andi Bernadee. Ini Penjelasan Upiak Isil “Saya Orang Kampung Dan Tidak…”

Menurut Upiak atau nama sebenarnya, Silvia Nanda, 32, insiden yang berlaku itu hanyalah disebabkan oleh salah faham.

ARTIKEL MENARIK: Netizen Tegur Adik Neelofa, Ameera Khan ‘Payung’ Bra Hitam..

loading...

“Saya orang kampung dan tidak berapa faham dengan konsep nyanyian ‘cover’ seperti Andi lakukan di laman sosialnya. Kalau di Padang, hanya penyanyi asal yang akan memuatkan video nyanyiannya di laman sosial.

“Saya cuma menegur saja kerana tidak mahu orang tersalah anggap lagu itu miliknya (Andi). Orang mungkin tidak tahu perkara sebenar, lebih-lebih lagi apabila video nyanyiannya itu menjadi tular,” katanya kepada BH Online sewaktu ditemui pada majlis sidang media pelancaran single Tak Tun Tuang, di sini hari ini.

Penyanyi berasal dari Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat, ini turut terkejut sebaik saja melihat sambutan diberikan khalayak terhadap karya ciptaan sahabatnya, Ardi, sekitar tiga tahun lalu itu.
“Saya tak pernah marah. Sebaliknya terkejut dan tidak menyangka apabila ada penyanyi popular sudi menyanyikan kembali lagu itu. Apapun, saya anggap ia satu penghargaan buat saya,” katanya yang mempunyai pekerjaan tetap sebagai jururawat.
Virus ‘Tak Tun Tuang’ bukan sekadar tular di Malaysia, tetapi juga di negara Asia lain seperti Thailand dan Korea.
Sejak ditayangkan di laman YouTube, 14 November lalu, video muzik rasmi lagu terbitan MVM itu berjaya meraih tontonan melebihi dua juta kali.
Video Andi Bernadee :
Video Penyanyi Asal :
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : EraViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post