Jika ditanya siapakah yang sering disebut sebut dan meniti dibibir netizen ketika ini salah satunya ialah mengenai jutawan kosmetik terkenal, Nur Sajat. Siapa tidak kenal kan?
EKSKLUSIF! Pengakuan Dari Ibu Sendiri Tentang Perjalanan Sajat Menukar Jantinanya… |
Malah, hingga kini jantinanya diragui oleh netizen, ada yang percaya Sajat adalah lelaki yang bertukar pada wanita, atau Sajat dilahirkan sebagai Khunsa.
ARTIKEL MENARIK: Tukar Tarikh Nikah & Kad Perkahwinan Izara Aishah & Adib Khalid Pula Tersebar?
loading...
Okay tak payah pening pening. Kita dengar pula apa pengakuan ibu Sajat sendiri mengenai jantina anaknya itu. Ini ibu Sajat sendiri hookayyy. Okay lah, pengakuan ini diceritakan oleh ibu Sajat dalam satu dokumentari khas yang membicarakan hal hal pondan.
Ibu Sajat menceritakan, bahawa sedari kecil, Sajat sudah mula menunjukkan cenderungnya ke dalam dunia wanita apabila dia sering dan gemar bermain alat makeup. Malahan, Sajat juga sering memakai pakaian wanita milik kakaknya atau adiknya.
Selain daripada itu, ketika tidur juga Sajat mempunyai tabiat akan memakai kasut tumit tinggi milik ibunya. Naluri keperempuan dalam diri Sajat yang dilahirkan sebagai seorang lelaki amatlah kuat hingga dia sendiri nekad untuk menukar jantinanya.
Ibu Sajat menambah, dia adalah orang pertama yang mengesan perubahan Sajat apabila Sajat mula mengambil pil hormon sejak usianya 14 tahun. Namun walaupun dirinya maknya, Sajat ketika itu yang masih kecil telah mampu untuk mencari duit belanjanya sendiri.
Sebagai seorang ibu, pastinya berat dan sukar untuk menerima hakikat anak yang dilahirkan didunia adalah lelaki namun mengambil keputusan menukar jantina kepada perempuan. Segala cacian dan hinaan dari masyrakat membuatkan keluarga tidak menerima perbuatan Sajat. Namun, air dicincang takkan putus.
Menyedari Sajat itu adalah anak kandungnya, lama kelamaan mereka terpaksa menerima kenyataan. Ibu Sajat juga menasihati para ibu bapa agar tidak memulaukan atau membuang sekiranya mempunyai ahli keluarga yang bertukar jantina asal.
Apa yang seharusnya dilakukan ialah, tetap memberikan sokongan tidak berhenti pada mereka, kerana walaupun wajah dan jantina berubah namun jangan hati yang berubah. Adik Sajat juga mengatakan, abangnya tidak minta dilahirkan di dunia seperti ini.
“Sakit sebenarnya jadi macamni. Bayangkan kalau diri saya ini wanita, tiba tiba saya rasa saya yang lelaki,” ujarnya. Marilah kita bersama sama mendoakan agar Sajat kembali pulang ke jalan yang betul dan diredhai Allah dan tidak selamanya menjadi seorang wanita. Amin
Post a Comment