ZAINAL Abidin, salah seorang artis yang membuat persembahan pada acara penutup temasya Sukan Sea 2017 yang mendakwa masih belum menerima bayaran penuh memberi tempoh seminggu kepada syarikat yang dilantik kerajaan menguruskan persembahan acara pembukaan dan penutup temasya sukan itu untuk berbuat demikian.
Sukan Sea Dah Lama Habis, Tapi Duit Tak Dapat! Penyanyi Popular Beri Tempoh Seminggu Kepada Penganjur |
Menurut pengurusnya Angelina Asmawi, syarikat berkenaan hanya membayar 50 peratus bayaran dan berjanji akan melunaskan bayaran penuh seminggu selepas hari persembahan.
“Mereka (penganjur) patut ambil tanggungjawab. Ini persembahan penutup. Semua artis bangga hendak buat persembahan. Ini adalah periuk nasi artis sebab banyak artis yang tiada bisnes hanya bergantung pada show.
ARTIKEL MENARIK: Saya Sangka Tersalah Letak Tapi Selepas Puas Mencari, Baru Sedar Ia Dicuri. Kesian Nabil.. Siapa Ada Maklumat Tolong Sebarkan.
loading...
“Saya beri tempoh seminggu kepada pihak penganjur. Kita akan kumpulkan artis lain untuk hebahkan lagi (isu pembayaran),” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.
“Kita ada hak bercakap soal bayaran. Ini dah lebih dari sebulan (lewat bayaran). Kita tidak ada benda yang berselindung,” katanya yang berhajat untuk mengumpulkan ramai artis lain mendapatkan keadilan.
Isu bayaran tercetus selepas pengacara terkenal Adibah Noor meluahkan perkara itu menerusi akaun twitter mengenai keluhan rakannya yang masih belum menerima bayaran penuh.
Sedih dengar keluhan kawan2 yg perform kat Closing Sea Games masih belum dapat bayaran.
Alasan: sibuk dgn #Bajet2018 .
Segerakanlah..
— ADIBAH NOOR (@adibahnoor) October 28, 2017
Selain Zainal, artis lain seperti Faizal Tahir dan Siti Nordiana yang membuat persembahan di majlis sama bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.
Majlis penutup temasya sukan tersebut yang meraikan pencapaian Malaysia sebagai juara Sukan Sea itu menampilkan nama-nama besar dunia seni tanah air seperti M. Nasir, Amy Search dan Ella.
Tidak tandatangan sebarang kontrak
“Kami tidak tandatangani apa-apa kontrak sebab kami percaya. Mereka adalah syarikat besar. Lagipun waktu itu, artis teruja kerana hendak membuat persembahan atas dasar bangga untuk Sukan Sea.
“Kami tidak tuduh kerajaan sebab kita tak berhubung dengan mereka. Semua ingat ia berpunca daripada kerajaan (Kementerian Belia Dan Sukan),” katanya.
The Malaysian Insight sedang berusaha mendapatkan reaksi syarikat berkenaan untuk penjelasan lanjut.
Pada temasya Sukan Sea 2017, kontinjen Malaysia meraih 145 pingat emas, sekaligus menjadi juara keseluruhan mengatasi pencabar terdekat – Thailand dengan perbezaan 73 pingat emas.
Menurut Pegawai Unit Media dan Komunikasi Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Malaysia (Masoc) Fahmi Omar, pihaknya melantik sebuah syarikat melalui tender menguruskan persembahan pembukaan dan penutup acara berkenaan.
“Kami (Masoc) yang menganjur tetapi untuk majlis pembukaan dan penutup ada sebuah syarikat yang dilantik melalui tender.
“Mengenai isu bayaran, kami telah menjelaskan lebih 50 peratus daripada harga kontrak. Untuk isu lain (bayaran artis) adalah dibawah tanggungjawab syarikat tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Beliau dalam pada itu berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok untuk penjelasan,” katanya lagi. – 29 Oktober, 2017.
Sumber – The Malaysian Insight & CantikSikit.com.
Post a Comment