WOW! Ini Pesanan Padu Zizan Razak Kepada Kamal Adli, Emma Maembong

WOW! Ini Pesanan Padu Zizan Razak Kepada Kamal Adli, Emma Maembong

Hari Jumaat yang lalu, Zizan telah datang ke pusingan akhir Super Spontan Superstar 2017.

WOW! Ini Pesanan Padu Zizan Razak Kepada Kamal Adli, Emma Maembong
WOW! Ini Pesanan Padu Zizan Razak Kepada Kamal Adli, Emma Maembong

Setelah sekian lama, Zizan dan Kamal Adli bertentang mata malah bermain permainan Super Spontan di atas pentas.

Malah mereka berdua dengan selamba menjadikan isu semasa yang sedang melanda Kamal Adli sebagai bahan jenaka.

Video Zizan bertembung dengan Kamal Adli di atas pentas itu telah menjadi viral dan ramai yang suka dengan gelagat kedua-dua mereka.

Setelah tamat rancangan tersebut, Kamal Adli dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017.

Keesokan harinya, Zizan Razak telah muncul secara live di laman media sosial miliknya, dan mengulas apa yang berlaku di Super Spontan Superstar.

BACA: Tangisan anak bongsu Nadira Azizan buat netizen sayu

loading...

Zizan bertanya adakah para peminat suka dengan kehadiran Jozan di pentas itu.

Kata Zizan dia hadir ke Super Spontan Superstar itu khas buat para peminatnya yang sememangnya merindukan telatah Jozan.

Kemudian Zizan ada megulas kemenangan Kamal Adli.

Ini komennya:

“Yang menang Kamal Adli, all the best untuk Kamal Adli, tahniah! Kahwin la apa tunggu lagi. Kena kecam ke tak kena kecam ke tapi Allah bantu. See dia dapat menang, dapat duit. Kahwin la tuhan bantu tu. Ya Terbaik!

“Saya nak memberitahu, pemikiran harus diubah, ada kata bagaimana pelakon boleh menang. Sebenarnya stage tu bukan untuk pelawak. Stage itu untuk orang yang pandai main Super Spontan.

“Kalau Kamal Adli menang maknanya Kamal pelakon yang baik dan tahu nak bawa watak lawak tu..”

Ini video nya:



Rasanya ramai yang mengikuti perkembangan mengenai perpisahan pasangan selebriti Zizan Razak dengan Emma Maembong. Ini kerana ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar perpisahan mereka.

Zizan akhirnya dedah punca sebenar putus cinta dengan Emma Maembong – Kalau sebelum ini Zizan enggan bersuara mengenai apa yang berlaku dalam hubungannya dengan Emma sebaliknya Zizan menganggap apa yang berlaku ke atas dirinya sekarang sebagai satu dugaan.

Menurutnya, kisah putus cinta dengan Emma Maembong dan kes saman melibatkan pengurus lamanya adalah sesuatu yang perlu ditempuhi. Tambahnya, segala permasalahan yang berlaku sekarang tidak mengganggu fokus pada kerjayanya buat masa ini.

Bagaimanapun menerusi sumber info terbaru, Zizan Razak akhirnya buka mulut mengenai punca perpisahan beliau dengan Emma Maembong. Menurut kenyataan terbaru Zizan Razak kepada Utusan Malaysia, ada tercetus pergaduhan antara mereka kerana niat mahu membeli kereta mewah sport kerana Emma Maembong tidak bersetuju dengan hasrat itu kerana dianggap membazir.

ZIZAN AKHIRNYA DEDAH PUNCA SEBENAR PUTUS CINTA DENGAN EMMA MAEMBONG 2

“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir. Malah, niat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi laporan BH Online pula Zizan juga akui Emma banyak memendam rasa dan makan hati dengan sikapnya. Zizan turut menjelaskan punca perpisahan mereka bukan juga semata-mata kerana keinginannya untuk membeli kereta sport tetapi berbalik kepada sikap dirinya sendiri. Zizan Razak turut mengakui masih cintakan Emma Maembong.

ZIZAN AKHIRNYA DEDAH PUNCA SEBENAR PUTUS CINTA DENGAN EMMA MAEMBONG

“Saya banyak buat silap dengannya dan ada kala terabai perhatian hingga membuatkan dia memendam rasa. Kesibukan kerja membuatkan saya ada kalanya tak dapat berjumpa dengannya. Biasalah wanita memang nak perhatian. Sebab itu juga Islam letak kuasa perceraian kepada lelaki bernama suami. Jadi ia jelas menggambarkan situasi kami. Cuma kami belum berkahwin. Tapi saya mahu minta maaf banyak banyak kepada dia kerana kesilapan semua berpunca dari diri ini. Saya berharap untuk kembali kepadanya. Insya-Allah akan cuba memenangi hatinya semula. Dan saya berharap orang di luar sana termasuk peminat mendoakan hubungan kami kembali bersatu,” katanya.

Tambah Zizan lagi salah satu sikap Emma yang membuatkan beliau tertawan ialah sikap kesederhanaan. Dalam masa yang sama, Zizan Razak turut menepis kata kata yang mengatakan Emma Maembong seorang yang kaki kikis dan hubungan mereka berakhir kerana sikap negatif itu.

“Saya puji sikapnya itu. Kami sebenarnya ada berborak dan saya menyatakan keinginan untuk membeli kereta sporty. Tetapi dia tak suka saya membazir dan bermewah. Saya ini memang bab kereta akan tewas,” katanya.

Pada malam final ini, antara yang mencuri perhatian ialah kehadiran kumpulan Jozan iaitu Johan dan juga Zizan Razak.

Malah telah berlaku pertembungan antara Kamal Adli dan juga Zizan Razak di atas pentas ketika permainan pertama.

Datuk AC Mizal membuat pengumuman bahawa Zizan merupakan presiden bekas kekasih Emma Maembong dan Kamal Adli adalah salah seorang ahlinya.

Kemudiannya, permainan pertama bermula dan menjadi amat ‘panas’.

Permainan pertama merupakan ‘BEKU’ yang mana Zizan Razak dan Johan telah memulakan permainan. Selepas itu, Kamal Adli telah masuk ke atas pentas untuk beraksi dengan Zizan.

Mereka dengan selamba menjadikan lawak peribadi sebagai bahan bersenda. Ternyata aksi spontan itu mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari para penonton Super Spontan Superstar 2017.

Jom layan aksi Zizan dan Kamal Adli di pentas final:

Ini video nya:



Sumber - Berita Memey

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post