"Bila dah bersuami, tiada lagi istilah adik dan abang angkat." demikianlan kata-kata isteri kepada abang angkatnya. Isteri mana yang tak marah bila ada perempuan lain yang cuba menghampiri suaminya?
'Salahkah Saya Berjumpa Dengan Abang Angkat Walaupun Dah Berkahwin?' |
Alasan adik angkat dan angkat-angkat yang sewaktu dengannya hanyalah alasan sahaja yang kemudian akan terlanjur ke arah yang tidak baik.
Namun confessor ini entah di mana tahap kewarasannya sehingga memikirkan tindakannya itu tidak salah. Apakah dia pernah terfikir jika apa yang dilakukannya itu berlaku pada suaminya sendiri?
SALAM admin, tolong hide Facebook saya ye. Saya nak tanya pendapat anda semua mengenai cerita saya ini.
Saya isteri dan mempunyai dua orang anak. Saya tiada masalah dengan suami. Dia sayang saya dan baik orangnya. Cuma baru-baru ini terjadi satu peristiwa yang menganggu hidup saya. Saya tiba-tiba teringat pada abang angkat saya semasa sekolah dulu.
Dia memang handsome orangnya. Lalu saya pun cari nama dia di Facebook dan terjumpa. Saya pun add dan menghubungi dia melalui Messenger. Permintaan saya untuk menjadi rakannya diterima. Katanya dia sudah berkahwin dan dikurniakan empat orang anak. Dari situlah kami bermula bertukar nombor telefon dan sering bermesej melalui WhatsApp.
ARTIKEL MENARIK: “Bila dapat tahu dia ditahan reman kerana penipuan rumah kos rendah, saya terkejut dia adalah orang sama menipu ibu saya dulu” – Danial Lawak Solo
loading...
Siang malam kami WhatsApp. Tak adalah bercinta pun, cuma berbual kosong sahaja. Saya tanya, isteri dia tak apa ke kalau saya bermesej dengan dia. Katanya, isteri dia tahu dan okay. Sudah dia kata begitu, kami pun berterusan seperti itu siang malam. Dia nak ke mana pun dia akan cerita pada saya. Bercuti ke, ke mana sekali pun dia mesti akan maklumkan pada saya dulu.
Dia suruh saya add isteri dia di Facebook dan saya akur saja permintaan abang angkat. Tetapi bila saya komen di gambar isterinya, tak pernah dibalas. Saya rasa isteri dia sombong, lalu saya terus unfriend.
Abang angkat saya ini tentera, tinggal jauh. Masa cuti bulan Disember yang lalu, abang angkat saya balik bercuti di kampung. Dia WhatsApp beritahu pada saya yang dia berada di kampung. Satu petang itu abang angkat saya kata dia ada di pekan berdekatan dengan kampung saya. Kebetulan pula saya pun nak ke pekan dengan anak saudara. Lalu kami pun berjanji untuk berjumpa.
Dia bawa anak dia, saya dengan anak buah. Kami pun berjumpa dan bersembang agak lama.
Salahkah kami berjumpa?
Keesokan harinya, abang angkat saya pergi ke Langkawi bersama keluarganya. Sepanjang dia berada di Langkawi, kami sentiasa WhatsApp, mula terbitnya rasa rindu agaknya. Saya pun kirim suruh belikan sesuatu. Bila balik dari Langkawi, saya WhatsApp abang angkat saya tetapi diblock. Saya hantar SMS biasa dan tanya;
"Abang, kenapa block saya di WhatsApp? Apa salah adik? Abang bergaduh dengan isteri ke? Adik tak ada niat apa-apa pun, cuma nak menjalinkan hubungan kita yang sudah terputus dulu."
Tiba-tiba mesej tadi di balas;
"Jaga maruah awak sebagai isteri orang. Keluar rumah berjumpa dengan lelaki lain apatah lagi suami orang. Bila dah bersuami, tiada lagi istilah adik dan abang angkat."
Rupa-rupanya isteri dia yang balas. Baru saya tahu, rupanya abang angkat saya kantoi ketika kami berjumpa tempoh hari. Tetapi persoalan saya, salah ke saya nak jumpa abang angkat saya itu?
Sumber: Kisah Rumah Tangga via The Reporter
Post a Comment