Belum pun sempat pilihan jawapan habis dibacakan oleh pengacara, peserta dah boleh meneka yang mana satu jawapannya. Hebat, memang betul-betul clever girl ni.
(VIDEO) Memang Betul-Betul Clever Girl Ni!, Pilihan Jawapan Belum Selesai Dibacakan, Dia Dah Jawab Dulu, KANTOI! |
Video pendek yang tular di media sosial baru-baru ini menyaksikan salah seorang peserta sebuah rancangan televisyen yang ‘kantoi’ seolah-olah sudah mendapat soalan bocor.
ARTIKEL MENARIK: Geli Pula Tengok Gambar Tu...Aduh! Zulin Pula Jadi Mangsa Foto Lucah..
loading...
Dalam rakaman tersebut, seorang wanita dilihat membacakan soalan, “Yang manakah antara berikut adalah hasil tulisan Usman Awang?”
Tapi belum sempat habis dibacakan, tiba-tiba sahaja si peserta dah menekan butang dan dengan yakin menjawab “B”!
Situasi paling ‘awkward’ berlaku bila si pengacara bertanyakan apakah B yang dimaksudkan, tapi si peserta hanya tersipu-sipu senyum sambil menundukkan wajah.
Apa lagi, bila netizen dah tengok begini, macam ada udang di sebalik batu pula. Rata-ratanya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan rancangan terbabit.
“Nampak sangat kau dah dapat soalan bocor.”
“Dia bukan saja mampu menjawab malah mampu meramal soalan dan jawapan,patut dia masuk kuiz antara planet dgn wakili bumi.”
“Mungkin dia study soalan2 tahun lepas dan soalan percubaan tahun-tahun lepas, bersangka baik.”
Kalau ingat sebelum ini juga kecoh tentang salah seorang bekas pesertanya iaitu Kiera. Dia pernah mendedahkan yang pihak produksi rancangan terbabit bersikap berat sebelah.
Macam-macam, apa pendapat korang?
Post a Comment