Mona Syamimi Minta Shahir Jelaskan Perkara Sebenar
Mona Syamimi Minta Shahir Jelaskan Perkara Sebenar |
Pada mulanya, kami di Hangat.com beranggapan bahawa hubungan Shahir dan seorang gadis yang juga seorang pramugari Fireflyz hanya sekadar rakan rakib. Malah kami juga pernah menulis hubungan mereka beberapa hari yang lalu.
ARTIKEL MENARIK: "Mak Mertua Kita Sporting"..Nur Sajat Teruja Ke Kelantan Berjumpa Bakal Ibu Mertua
loading...
Hubungan Saya Dengan Shahir Bukan Sebagai Peminat
Namun berlainan pula yang kenyataan yang dikeluarkan oleh pramugari berkenaan yang dikenali sebagai Mona Syamimi. Menurut Mona Syamimi atau lebih mesra disapa sebagai Mimi, beliau menafikan bahawa hubungan mereka adalah atas dasar beliau meminati Shahir malah lebih daripada itu.
“Saya macam terasa dengan apa yang diberitahu kepada media — tidak mungkin dia (Shahir AF) keluar setiap hari dengan peminat, mesej setiap hari dan luangkan masa bersama dari siang ke malam bersama peminat?”
Tambah Mimi, beliau sering kali keluar berdua bersama Shahir dan kadang kala turut meluahkan perasaanya kepada Mimi.
Shahir Hantar Bukan Mesej – Mesej Biasa
Mimi menurut sumber dari Harian Metro turut mengaku dan menunjukkan bukti bahawa mereka saling berbalas mesej bagi menujukkan hubungan beliau dan Shahir lebih dari seorang peminat. Akuinya juga, beliau terasa hati dengan Shahir kerana beranggapan dirinya hanyalah sebagai seorang peminat
” Oh selama ini you anggap I sebagai peminatlah? Selama ini I banyak habiskan masa dengan you tapi you cakap I peminat? Macam tak logiklah”
Mimi sebelum mengakhiri perbualan turut meminta Shahir menjelaskan perkara sebenar dan membersihkan balik nama beliau dan syarikat yang dakwanya kini sudah tercalar.
Sumber - Hangat.com.
Post a Comment