Wajah Orang Yang Selalu Bersujud Lebih Muda & Berseri-Seri Daripada Guna Produk Kecantikan, Ini Kata Doktor Tau!

Wajah Orang Yang Selalu Bersujud Lebih Muda & Berseri-Seri Daripada Guna Produk Kecantikan, Ini Kata Doktor Tau!

Kadang-kadang kerana kekangan waktu, kita tergesa-gesa tunaikan solat. Baca surah pendek, rukuk ala kadar dan sujud pun macam kilat.

Wajah Orang Yang Selalu Bersujud Lebih Muda & Berseri-Seri Daripada Guna Produk Kecantikan, Ini Kata Doktor Tau!
Wajah Orang Yang Selalu Bersujud Lebih Muda & Berseri-Seri Daripada Guna Produk Kecantikan, Ini Kata Doktor Tau!

Tapi kalaulah kita tahu betapa banyaknya hikmah sujud tu, tentu ramai yang sanggup berlama-lama, berbisik ayat-ayat cinta pada Maha Pencipta.

Selain kesihatan, salah satu manfaat sujud yang mungkin disukai wanita adalah kesannya untuk kecantikan muka. Baca penerangan doktor ini kepada ulama Pakistan, Shaykh Zulfiqar Ahmad yang ternyata mengejutkan!

Saya pernah berada di Muzium Udara dan Angkasa Negara, Amerika Syarikat milik Institusi Smithsonian, apabila seorang doktor mendekati saya.


Dia mula bercakap dengan saya. Dia berkata, Muslim yang melakukan banyak ibadah terdapat sinaran di wajah mereka.

Saya menjawab, ya memang ada, mereka mempunyai cahaya ketakwaan. Doktor itu menjawab bahawa ada sebab kenapa wajah mereka bersinar. Lalu saya pun bertanya apa sebabnya.

ARTIKEL MENARIK: 5 Kesalahan Ibubapa Punca Anak Menjadi Kurang Ajar Dan Tak Dengar Cakap - Dato Dr Fadzilah Kamsah

loading...

Dia menjawab bahawa darah disalurkan kepada organ-organ manusia di bawah jantung dengan mudah, tetapi sukar untuk darah disalurkan bahagian di atas jantung. Itulah sebabnya, kepala tidak mendapat jumlah darah yang patut ia dapat.

Apabila orang-orang Muslim bersolat dan sujud, dalam kedudukan ini kepala dan muka berada di bawah jantung. Ini adalah satu-satunya cara darah dapat membanjiri muka. Apabila kamu sujud lama, kamu dapat merasakan darah di wajah kamu.

Saya menjawab, ya boleh. Dia kemudian berkata, ia adalah peredaran darah setiap hari yang menjadikan muka segar.

Saya fikir sendirian, jika wanita mengetahui perkara ini, dengan bersolat wajah kekal muda, jadi, mereka akan meninggalkan krim (solek) dan akan bersegera menunaikan solat.

Dan pada hakikatnya mereka yang beramal soleh, kamu akan melihat cahaya di muka mereka. Bukan saja kesan rohani ada di muka, tetapi juga ada manfaat kepada tubuh.

Hadis riwayat Muslim menyatakan, “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana tidaklah kamu sekali sujud kepada-Nya melainkan Dia mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa) darimu.”

Semoga Allah memberi kita taufik untuk meningkatkan (masa) sujud kita, berlama-lama mencium bumi agar doa sampai ke langit tinggi! Norzalina Mohd Alias

Sumber - http://sehinggit.blogspot.my


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post