Susulan viral kenyataan Twitter pengacara Nazrudin Habibur Rahman atau Naz yang tidak senang dengan kenyataan pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tempoh hari, Naz hari ini memohon maaf jika kenyataannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen, lapor mStar Online.
Naz mohon maaf, namun mahu keselamatan pelajar diutamakan |
Naz, 39, berkata, apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan 'mati syahid', sebaliknya dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan mengutamakan keselamatan pelajar dan tidak terlalu mudah memberi alasan bagi menutup sesuatu kejadian.
"Ini bukan kali pertama berlaku, sudah banyak kes kebakaran asrama yang membabitkan kematian kanak-kanak. Saya bukan menafikan tentang hal mati syahid tetapi saya mempertikaikan tentang keselamatan yang sepatutnya dititikberatkan.
ARTIKEL MENARIK: Tuhan ambil anak-anak tahfiz dan tinggalkan kita anak-anak hisap dadah, generasi apa yang kita lahirkan hari ini?
loading...
"Sampai bila kita mahu menerima alasan yang sama apabila ia membabitkan kematian?" katanya.
"Niat saya adalah untuk membuka mata pihak berwajib mengenai kepentingan keselamatan. Tak kiralah pusat pendidikan apa sekalipun, soal keselamatan harus menjadi keutamaan dan bayangkan jika berlaku kecemasan, mereka ini tidak dapat menyelamatkan diri.
"Dalam kejadian baru-baru ini, saya yakin pengetua tersebut akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku," katanya.
"Tidak apalah, sekurang-kurangnya ada yang menyokong dan memahami apa mesej yang saya ingin sampaikan dalam tulisan tersebut," katanya.
Post a Comment