KUALA LUMPUR – “Saya nak sangat lihat wajah tertuduh dan nak tahu apa sebenarnya yang berlaku, dan hukuman terhadap tertuduh.
“Kenapa Hadir Ke Mahkamah?” Inilah Jawapan Salah Seorang Bapa Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Yg Ramai SETUJU !!! |
Sebab itu, saya hadir ke mahkamah hari ini (semalam),” kata Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, bapa kepada Mohammad Shahir, 11 pelajar yang terselamat dalam tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
ARTIKEL MENARIK: Punca & Kronologi Gadis Dirogol sebelum kemaluan di tusuk batang kayu
loading...
Sharifuddin bagaimanapun tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah untuk mengikuti perkembangan kes selepas diarahkan keluar. Mahkamah hanya membenarkan keluarga tertuduh masuk untuk mengikuti prosiding.
“Saya sedih dengan apa yang berlaku kerana ia melibatkan ramai tertuduh. Kita tak jangka pemikiran mereka sampai ke tahap macam tu.
MAHU HUKUMAN SETIMPAL
“Sebagai waris, kita mahu hukuman setimpal supaya jadi pengajaran kepada orang lain, terutama remaja dan ibu bapa,” katanya.
Ditanya sama ada beliau memaafkan tertuduh atau tidak, beliau berharap mahkamah mengadili perbuatan mereka.
“Memaafkan? Susah saya nak cakap, tapi sebagai manusia biasa saya perlu memaafkan mereka. Mereka masih kanak-kanak. Saya akan terus ikuti perkembangan kes ini,” katanya.
PERKEMBANGAN SALAH SEORANG MANGSA
Mengulas perkembangan anaknya, Sharifuddin berkata, Mohammad Shahir telah sedar dan menunjukkan perkembangan positif, tetapi tidak dibenarkan menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat.
“Alhamdulillah, pendarahan dalaman dah berhenti dan sekarang doktor fokus pada rawatan kulit, kemudian barulah proses seterusnya iaitu rawatan tulang yang retak.
“Dia pun dah boleh bercakap sikit dan perlu diletakkan tiub untuk memudahkan dia makan,” katanya.
TETAP HANTAR ANAK KE PUSAT TAHFIZ ITU
Sementara itu, Sharifuddin berkata, dia membuat keputusan mengekalkan anaknya belajar di pusat tahfiz yang sama dan ia juga atas permintaan anaknya itu.
“Saya ada tanya dia sendiri. Dia memang nak terus belajar di sekolah tahfiz yang sama. Belajar di sana bagus, ramai kawan.
“Dalam masa tiga bulan, dia dah hafal surah Yasin, jadi saya dan isteri buat keputusan untuk terus hantar anak ke sana sebab silibusnya memang bagus.
“Lagipun sejak belajar di pusat tahfiz berkenaan, banyak perubahan berlaku. Solat tak tinggal, hormat orang tua, sabar dan lebih teratur. Pusat tahfiz ini bukan ajar untuk akhirat sahaja, tapi kedua-duanya sekali, iaitu dunia dan akhirat,” katanya.
Kredit : GPS
Post a Comment