Hingga saat ini negara-negara di Timur Tengah telah menjadi pasaran berpotensi bagi pengeluar pesawat pejuang keluaran AS, Rusia, Jerman, Inggeris, Perancis, dan lain-lain.
SUBHANALLAH. Ini 5 Aset Teknologi Tinggi Turki Yang Menjadi Igauan NGERI Israel |
TURKI ADA KILANG BUAT JET PEJUANG
Turki juga termasuk dalam negara pengeluar pesawat pejuang khususnya F-16 yang merupakan pengeluaran lesen dari AS, malah sudah menjual puluhan F-16 ke Mesir.
ARTIKEL MENARIK: Sami Ini Menyiarkan Video Yang Mengecam Islam, Ini Tindakan Kerajaan Thailand
loading...
Pesawat pejuang yang saat ini dikendalikan oleh negara-negara Timur Tengah sebenarnya mencerminkan persaingan teknologi antara Blok Barat dan Blok Timur di era Perang Dingin.
5 PESAWAT POPULAR DI TIMUR TENGAH
Lima pesawat pejuang besar yang umumnya digunakan di kawasan Timur Tengah antaranya ialah F-15 dan F-16 (USA), Mirage 2000 (Perancis), Eurofighter Typhoon (Kesatuan Eropah), Panavia Tornado (Inggeris-Itali Jerman), dan Su-35 (Rusia).
Kelima jenis pesawat pejuang yang merupakan generasi keempat itu mempunyai persamaan dari segi teknologi kerana boleh bertempur secara multi-function, mempunyai teknologi yang sudah serba digital, dan boleh bertempur dalam apa jua cuaca.
Tapi dalam pertempuran, kecanggihan pesawat pejuang itu juga bergantung oleh kemahiran para juruterbangnya kerana pesawat pejuang yang canggih tidak akan berguna jika para juruterbangnya kurang terlatih dan belum mempunyai pengalaman perang.
Semua pesawat pejuang generasi keempat boleh menjadi pesawat pemusnah jika dikendalikan oleh juruterbang-juruterbang profesional.
Negara yang mempunyai banyak pesawat pejuang canggih juga boleh meningkatkan lagi kekuatan jika mempunyai industri penyokong untuk keperluan pembaikian dan menganti alat mesin yang diperlukan.
Turki, Iran dan Israel termasuk negara yang sudah boleh menghasilkan pesawat pejuang generasi keempat sehingga jika perlu bertempur ketersediaan pesawat pejuang terjamin.
TETAPI SEMUA TAK DAPAT TANDINGI PESAWAT GENERASI KE-5
Namun kelima jenis pesawat pejuang generasi keempat itu akan menjadi tidak berupaya jika lawannya adalah pesawat pejuang generasi kelima, seperti F-35 Lightning II, yang mempunyai teknologi siluman (stealth) kerana tidak boleh dikesan oleh radar.
Setakat ini hanya Israel dan Turki sahaja negara-negara di Timur Tengah yang mengendalikan beratus-ratus F-35. Ini juga menjadi sebab utama kenapa Israel sangat takut jika Turki memberi amaran hal-hal berkaitan Palestin. Bukan tak mampu nak lawan tetapi bak kata pepatah, yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
Yang jelas, kehadiran F-35 bagi sesebuah negara akan menjadi aset yang sukar ditandingi mana-mana negara sekalipun selagi mana negara itu belum mempunyai pesawat pejuang generasi kelima.
PERANG TELUK
Menyedari bahawa kekuatan udara menjadi faktor penting untuk memenangi pertempuran dalam masa yang singkat, maka pesawat pejuang amatlah diperlukan.
Ketika meletus Perang Teluk I pada bulan Januari 1991, pasukan gabungan yang menyerbu Iraq untuk membebaskan Kuwait juga mengerahkan pelbagai jenis pesawat pejuang moden dalam jumlah besar seperti F-117 Stealth, F-15C, FA / 18 Hornet, RAF GR 1 Tornado, dan lain-lain yang jumlahnya lebih dari 1000 pesawat.
Pengerahan pesawat pejuang canggih itu terpaksa dilakukan kerana Iraq mempunyai kira-kira 800 pesawat pejuang canggih seperti Mirage F1, Mig-23, dan MiG-29 Fulcrum yang terkenal mempunyai pergerakan hebat dan menjadi tumpuan para juruterbang untuk keperluan dalam pertempuran jarak dekat antara pesawat tentera.
Sumber : Laicikang
Post a Comment