Video Aliff Syukri mengamuk orang gaji baru kerja sebulan mencuri

Video Aliff Syukri mengamuk orang gaji baru kerja sebulan mencuri

Awal pagi tadi, pengasas produk kecantikan Datuk Aliff Syukri telah berkongsi satu kejadian di mana pembantu rumahnya ditangkap kerana mencuri.

Video Aliff Syukri mengamuk orang gaji baru kerja sebulan mencuri
Video Aliff Syukri mengamuk orang gaji baru kerja sebulan mencuri

Menerusi video yang dikongsi Aliff Syukri di laman sosial Facebook (FB) miliknya, dia dilihat sedang memarahi pembantu rumahnya yang cuba untuk lari dari rumah.

ARTIKEL MENARIK:Masih Ingat Dengan Maisara Pelakon Diari Ramadan Rafique? Inilah Wajah Terkini (2017) Beliau Yang Sangat Cantik

loading...

Pembantu rumah yang berasal dari Indonesia itu dikatakan telah mencuri kain sutera bertatahkan batu Swarovski yang dibeli dari Itali.

Selain itu, pembantu rumah yang dikenali sebagai Fitri itu turut didakwa mencuri wang berjumlah RM100 dan beberapa helai pakaian.

Menurut Aliff, Fitri baru sahaja berkhidmat sebagai pembantu rumah selama sebulan dan diambil menerusi agen dengan bayaran sebanyak RM30,000.

Berang dengan perbuatan Fitri, Aliff bertegas yang berang mahu membawa perkara itu kepada pihak polis.

”Aku tak pernah pukul kau!

”Aku tak pernah bagi kau kebulur!

”Aku tak pernah rogol, sentuh, atau raba-raba kau!” katanya yang kecewa dengan pembantu rumah tersebut.

Setelah diugut untuk dibawa ke balai polis, Fitri dilihat merayu dan memohon maaf kepada majikannya namun tidak diendahkan.

Rata-rata pengguna laman sosial turut berang dengan tindakan pencuri itu dan mahu dia dihantar ke pihak polis.

Namun, ada juga pengguna laman sosial yang meminta agar beliau bersabar dan memaafkan pembantu rumah tersebut kerana jumlah barang yang dicuri adalah tidak banyak.

Berikut kami kongsikan video amukan Dato’ Aliff terhadap pembantu rumahnya:



Teks oleh : Izzat Ridzwan
Sumber: Astro Gempak
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post