Header Ads

“Papa, kenapa saya jadi macam ni?” – Derita adik Arifuddin Mohd Norhafis hidap kanser tisu, Ya Allah sembuhkanlah dia…

loading...

“PAPA, kenapa saya jadi macam ni? ” Demikian pertanyaan Mohd Arifuddin Mohd Norhafis, 9, yang menderita kanser tisu kepada bapanya, Mohd Nor Hafis Abd Aziz, 33, sejak ditempatkan di Wad Kanser (KK3) Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), lebih seminggu lalu.

“Papa, kenapa saya jadi macam ni?” – Derita adik Arifuddin Mohd Norhafis hidap kanser tisu, Ya Allah sembuhkanlah dia…
“Papa, kenapa saya jadi macam ni?” – Derita adik Arifuddin Mohd Norhafis hidap kanser tisu, Ya Allah sembuhkanlah dia…

“Papa, kenapa saya jadi macam ni?” – Derita adik Arifuddin Mohd Norhafis hidap kanser tisu, Ya Allah sembuhkanlah dia…

ARTIKEL MENARIK:Tersilap Hantar Jenazah, Jenazah Mualaf Dibakar Dah Jadi Abu

loading...

Penyakit itu juga menyebabkan Mohd Arifuddin berkemungkinan hilang penglihatan.

Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai Klang itu turut disahkan doktor mempunyai ketumbuhan di bahagian kiri kepalanya.

Keadaan itu menyebabkan mata kirinya terkeluar manakala pipinya membengkak selain menghadapi masalah pendengaran dan pertuturan.


Mohd Nor Hafis berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu mengalami sakit kepala Januari lalu sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ekoran keadaan yang semakin teruk.

Katanya, selepas itu Mohd Arifuddin dirujuk ke Unit Telinga, Hidung & Tekak (ENT) untuk rawatan sebelum ditempatkan di KK3 lebih seminggu lalu.

“Saya harap orang ramai doakan anak saya supaya kembali sihat dan dapat meneruskan persekolahan seperti biasa. Setakat ini doktor masih berusaha merawat dia.

“Mata sebelah kiri sudah tidak dapat melihat dan mata kanannya pun kabur. Telinga pun sudah tak berapa dengar menyebabkan saya perlu cakap dengan kuat,” katanya yang bercuti daripada kerja sejak tiga bulan lalu untuk menemani anaknya di hospital.

Dia turut dibantu Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser HKL yang memberikan sokongan moral kepada pesakit kanser di hospital itu.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank (5640 9850 8578) atas nama Mohd Arifuddin.

Sumber: Metro
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...

No comments

Powered by Blogger.