Header Ads

Rakaman Video Hantu Sedang Duduk Bersila Di Bukit Tunku Turut Mendapat Liputan Media Popular Di United Kingdom

loading...

Rakaman Video Hantu Sedang Duduk Bersila Di Bukit Tunku Turut Mendapat Liputan Media Popular Di United Kingdom

Rakaman Video Hantu Sedang Duduk Bersila Di Bukit Tunku Turut Mendapat Liputan Media Popular Di United Kingdom
Rakaman Video Hantu Sedang Duduk Bersila Di Bukit Tunku Turut Mendapat Liputan Media Popular Di United Kingdom

Kejadian terserempak dengan lembaga putih atau pun hantu yang melayang di udara di beberapa lebuhraya khususnya di Lebuhraya Karak sememangnya pengalaman yang biasa dihadapi oleh mereka yang sering menggunakan laluan di kawasan berkenaan ketika hari jauh malam.

ARTIKEL MENARIK: KISAH SEBENAR Di Sebalik Gambar TULAR Pontianak Menumpang Atas Lori Di Kota Belud Sabah!!!

loading...

Terkini, seperti yang dilaporkan satu kawasan yang berdekatan dengan Bukit Tunku dan juga Taman Tasik Perdana, dikatakan satu entiti paranormal dilihat sedang duduk di tengah jalan raya yang berjaya dirakamkan oleh kamera papan pemuka ketika waktu malam.

Menerusi laporan Mstar, kejadian yang amat menyeramkan itu berlaku ketika kereta melalui selekoh berkenaan, entiti tersebut dapat dilihat dengan jelas sedang menyilangkan kaki seperti dalam kedudukan bersila sehingga membuatkan pemandu dan penumpang kereta berkenaan terkejut dan panik seketika.

Menurut kenyataan Aswan Yap di laman Facebook miliknya berkata, semasa kejadia, dia bersama rakannya dalam keadaan panik dan cuba menghentikan kereta, tetapi semua lampu amaran telah menyala dan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan kereta mula menunjukkan seperti mempunyai masalah.



"Sekiranya anda mengatakan yang ada di atas jalan itu adalah kucing atau sampah atau apa sahaja, saya benar-benar berharap anda tidak memilik lesen kerea".
Selain itu, laman berita popular di United Kingdom, Mirror turut tidak ketinggalan melaporkan tentang kejadian yang disifatkan amat menyeramkan serta menakutkan itu.

Seperti yang dilaporkan laman Mirror, pemandu berkenaan dengan segera menghentikan kereta dan turut memberitahu kejadian berkenaan sungguh menakutkan. Kemudiannya, penumpang kereta terbabit juga kedengaran seperti mengiyakan saja kata-kata pemandu tersebut.

Dengan tidak berlengah ladi dan tanpa berfikir panjang, Aswan mengundurkan kereta bagi melarikan diri daripada entiti yang disangkakan hantu itu.

Sehingga kini jam 10.30 malam, rakaman video berkaitan dengan hantu ini telah ditonton lebih dari 368,000 tontonan semenjak dimuat naik pada 7 Mei yang lalu.


Sumber : Siakapkeli

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.