Penyerang Selangor, Forkey Doe Didenda RM6,000 Miliki BMW Klon

Penyerang Selangor, Forkey Doe Didenda RM6,000 Miliki BMW Klon

Petaling Jaya - Penyerang utama Selangor, Francis Forkey Doe (gambar) didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki kereta klon jenis BMW 325i, Jumaat lalu.

Penyerang Selangor, Forkey Doe Didenda RM6,000 Miliki BMW Klon
Penyerang Selangor, Forkey Doe Didenda RM6,000 Miliki BMW Klon

Majistret Atiqah Abdul Karim menjatuhkan hukuman itu terhadap Forkey Doe, 31, merupakan warga Liberia, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris.

ARTIKEL MENARIK:Rehat lah dengan tenang sayang tiada lagi daddy disisi kami .. ini pesan terakhir dari suami (6 Gambar)

loading...

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda dan tertuduh membayar jaminan itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mempamerkan nombor pendaftaran palsu iaitu BLK 17 pada kereta BMW 325i di tempat letak kereta di hadapan Restoran Alfa Maju, Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri, Puchong, di sini pada pukul 4 pagi, 5 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan mempunyai tiga anak serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana menyebabkan kesusahan kepada mangsa.

"Jenayah kereta klon semakin berleluasa dan mahkamah perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak membeli dan menggunakan kereta klon," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd. Ibrahim berkata, pihaknya berasa terkejut dengan berita penahanan pemain itu oleh pihak polis dan menjelaskan bahawa kereta yang terlibat dalam kes itu bukannya dibekalkan oleh mereka.

"Berhubung status Forkey Doe sebagai pemain pasukan Selangor, tindakan susulan akan diambil bergantung kepada hasil siasatan oleh polis terhadap kes ini.

“FAS juga ingin menegaskan bahawa tiada individu sama ada pemain import atau tempatan yang mengatasi undang-undang di negara ini dan, semua harus mematuhinya,” katanya.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post