• Breaking News

    Friday, 5 May 2017

    Ditebuk Bakal Abang Ipar Sebelum Alami 'Detik Pertama' Bersama Suami

    loading...

    Dimabukkan dan dirogol bakal abang ipar sebelum dapat menempuh malam pertama bersama bakal suami. Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.

    Ditebuk Bakal Abang Ipar Sebelum Alami 'Detik Pertama' Bersama Suami
    Ditebuk Bakal Abang Ipar Sebelum Alami 'Detik Pertama' Bersama Suami

    Diperkosa bakal abang ipar, bukan saja dipaksa meneguk minuman keras hingga mabuk, malah turut dirogol bakal abang iparnya dalam kejadian di rumah sewa di Jalan Sultan Tengah, di sini.

    ARTIKEL MENARIK:Dijadikan Santapan Oleh 4 Orang Lelaki, Gambar Gadis 14 Tahun Ini Tular Di Media Sosial

    loading...

    Mangsa berusia 18 tahun mendakwa kejadian itu berlaku tiga minggu lalu, namun hanya membuat laporan polis malam kelmarin.

    Menurut sumber, mangsa mendakwa, kejadian itu berlaku apabila bakal abang ipar berusia 20-an itu turut mengugut memukul mangsa menggunakan botol jika enggan melayan nafsu serakahnya.

    "Mangsa yang kini mendirikan rumah tangga membuat laporan polis kerana bimbang suspek mengganggu kehidupannya.

    "Dalam laporan dibuat pada jam 9 malam semalam (kelmarin), mangsa mendakwa kejadian itu berlaku di rumah sewa lelaki berkenaan yang bakal menjadi suami kepada kakaknya.

    Mangsa tidak berani membuat laporan polis lebih awal kerana takut diugut suspek.

    "Suspek mengugut mengupah rakan untuk membelasah mangsa jika mendedahkan perbuatan itu kepada ahli keluarga menyebabkan terpaksa merahsiakan kejadian yang berlaku,” katanya.

    Sumber itu berkata, selepas tidak tahan penderitaan ditanggung, mangsa akhirnya memberanikan diri membuat laporan di Balai Polis Santubong.

    2.png

    Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.
    ________________________________________________________
    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
    loading...

    No comments:

    Post a Comment

    Total Pageviews