Kerana Bergaduh Dengan Suami Seorang Wanita Sanggup Menelan Wang Kertas Berjumlah Hampir RM30 Ribu

Seorang wanita bersikap pelik apabila menelan sejumlah wang kertas bernilai lebih RM30,306 (USD7,000) dengan alasan terdesak untuk menyorokkan wang berkenaan daripada pengetahuan suaminya.

ARTIKEL MENARIK: Ditebuk Bakal Abang Ipar Sebelum Alami 'Detik Pertama' Bersama Suami

loading...
Memetik laporan daripada Reuters, wanita Columbia itu terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan wang kertas terbabit. Menurut seorang doktor daripada Amerika Selatan berkata, wanita yang berusia 30 tahun itu telah menelan wang kertas bernilai USD100 setiap satu.

Difahamkan, wang berkenaan adalah hasil daripada jualan beberapa peralatan elektrik di rumahnya yang dikatakan beliau akan menggunakan wang berkenaan ketika ingin bercuti bersama suaminya.

Para doktor pula dikatakan terpaksa melakukan penelitian dalam pembedahan berkenaan bagi mengeluarkan wang kertas terbabit daripada perut dan usus wanita berkenaan. Seperti yang dilaporkan doktor telah berjaya mendapatkan sejumlah daripada wang kertas itu sebanyak 57 keping kesemuanya.

Menurut keterangan Pengarah Unit Pembedahan Hospital UNiversiti Santander, Juan Paulo Serrano, separuh daripada wang berkenaan telah dikeluarkan melalui perut wanita berkenaan dan selebihnya menerusi usus besar wanita terbabit.

Katanya, tindakan yang dilakukan wanita itu dengan menelan sejumlah wang kertas berkenaan dengan tidak dibaluti plastik adalah satu tindakan yang boleh dikatakan sangat terdesak dan terpaksa. - Koleksi Viral
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post