BR1M 2017 Peringkat Kedua Dibayar Mulai 5 Jun

BR1M 2017 Peringkat Kedua Dibayar Mulai 5 Jun

Kuala Lumpur - Berita gembira menanti buat penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 apabila Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran peringkat kedua akan dibuat mulai 5 Jun ini.

BR1M 2017 Peringkat Kedua Dibayar Mulai 5 Jun
BR1M 2017 Peringkat Kedua Dibayar Mulai 5 Jun

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Rabu, pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.

ARTIKEL MENARIK:Terhutang Budi Kerana Terima BR1M? Cuba Baca Dan Fikirkan...

loading...

"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post