Breaking News

Ibu gaduh dengan Zarina Anjoulie, Zarina Zainuddin mohon maaf bagi pihak ibu

loading...

Pelakon Zarina Zainuddin tidak mahu menyalahkan atau menyebelahi sesiapa berikutan pertelingkahan membabitkan ibunya dengan pelakon Zarina Anjoulie yang juga sahabat karibnya yang tular di Internet.

Ibu gaduh dengan Zarina Anjoulie, Zarina Zainuddin mohon maaf bagi pihak ibu
Ibu gaduh dengan Zarina Anjoulie, Zarina Zainuddin mohon maaf bagi pihak ibu

Difahamkan, ia berpunca apabila ibu Zarina menuduh Zarina Anjoulie mencedok rahsia produk kecantikannya dan mengeluarkan produknya sendiri.

ARTIKEL MENARIK: PANAS!! VIDEO KONTROVERSI DIPUKUL ANAK.. ZARINA ZAINUDDIN Dedah punca Sebenar Yang MENGEJUTKAN!!!

loading...

Menurut Zarina, produk itu dikatakan sama dengan produk milik ibunya.

“Dulu hubungan ibu saya dengan Zarina Anjoulie sangat rapat. Dia seperti anak angkat ibu saya dan saya juga menganggapnya seperti adik sendiri.

“Ibu saya yang mengeluarkan produk kecantikan itu dulu dan dia juga yang tunjukkan kepada Zarina Anjoulie tempat dia mengambil barang-barang itu. Sekarang Zarina Anjoulie pula menjual produk itu sehingga menimbulkan kemarahan ibu dan kecil hati atas perbuatannya,” katanya.

Zarina berkata, dalam perkara ini dia tak mahu berpihak kepada sesiapa.

“Memang saya marah apabila ada orang yang mengata, mencerca dan menghina ibu kerana siapa pun dia, dia tetap ibu saya dan saya tidak boleh menderhaka dengannya.

“Zarina Anjoulie ada menghubungi saya mengadu mengenai perkara itu dan saya hanya mampu mendengar saja. Saya tak mahu campur tangan atau jadi ‘batu api’ kerana tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Apa yang saya kesalkan, apabila perkara itu dimuatnaik di lnstagram, ramai pula yang memberi pelbagai komen dan menjadikan cerita itu makin ‘panas’,” katanya.

Menurut Zarina, apa yang berlaku sekarang kedua-dua belah pihak cuba ‘menegakkan’ benang yang basah.

“Apapun saya mahu mereka berdamai. Takkan Zarina Anjoulie tidak terkenang langsung hubungannya yang amat rapat dengan ibu saya dulu. Sebagai anak pula, jika ibu saya yang bersalah, maafkanlah dia. Jangan dipanjangkan lagi isu itu. Ia adalah rezeki masing-masing dan tidak perlulah kita bergaduh kerananya,” katanya.



Sumber: Harian Metro

BACA TOP 3 INI JUGA:
1. ISU PANJAT MERCU TANDA IPOH, Ini Kenyataan Mengejutkan DOKTOR MEDICAL MYTHBUSTERS Buat SHAARNAZ AHMAD!!!
2. Inilah Gambar Kontroversi Stacy Yang Dikecam Teruk Orang Ramai
3. ALLAHUAKBAR ! Rupanya Ini Permintaan TERAKHIR Allahyarham SM Salim Sebelum Meninggal Dunia ! Memang TAK SANGKA !

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments