Asiah seorang janda anak 5. Selepas diceraikan talak 2 dalam sms, bekas suami terus menghilangkan diri. Tidak pernah bertanya khabar anak anak dan memberikan nafkah.
Dirogol Ketika COD Barang Niaga Online |
Asiah terpaksa bekerja menyara anak anak. Demi mencukupkan keperluan anak-anak yang sedang belajar , Asiah terpaksa membuat 2 kerja. Waktu siang bekerja di kilang. Habis waktu kerja balik rumah menguruskan anak anak.
ARTIKEL MENARIK:ALLAH !!! Beria² Sangat Pakwe Suruh Aku Pakai Baju Kurung Kalau Nak Ikut Pergi Air Terjun. Rupa²nya !!!
loading...
Waktu malam cod barang barang niaga online. Hantar ke alamat yang pelanggan minta. Hantar naik motosikal.
Suatu malam, Asiah pergi cod barang di kawasan perumahan yang agak sunyi jalannya. Dipertengahan jalan Asiah telah disamun dan diheret ke dalam semak. Kemudian dirogol beramai ramai. Oleh kerana gelap dan sunyi Asiah tidak nampak wajah lelaki lelaki yang merogolnya. Jeritan Asiah tidak didengar oleh sesiapa pun.
Selepas kejadian itu Asiah trauma. Asiah silap tidak membuat laporan polis. Asiah balik rumah dalam keadaan sakit sakit, terus berehat dan tertidor.
Asiah takut melaporkan kepada polis kerana nanti menganggu urusan kerjanya. Asiah perlu mencari nafkah untuk menyara anak anak. Asiah sangat sayang anak anaknya.
Oleh kerana kedatangan haid memang tidak stabil , kelewatan beberapa bulan haid dianggap biasa oleh Asiah. Asiah hanya menyedari dirinya mengandung setelah beberapa bulan kemudian, apabila merasai ada gerakan di dalam rahimnya.
Perawakan tubuh Asiah yang gempal, lapisan kulit dan lemak yang tebal dibahagian perut membuatkan Asiah tidak menyedari dirinya mengandung.
Apabila tahu, Asiah berasa sangat sedih. Mujur adik beradik Asiah memahami kesusahan Asiah. Mereka sepakat membantu. Mereka menyarankan Asiah ke rumah perlindungan untuk mendalami ilmu agama sehingga melahirkan anak sementara mereka tolong menjaga anak anaknya yang lain.
Selama menjadi janda dan terpaksa bekerja menyara anak anak, adik beradik sering membantu. Mereka tahu Asiah gigih bekerja menyara anak anak tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.
Walau apa pun, bagi adik beradik maruah dan aib Asiah tetap kena jaga. Anak anak Asiah sudah besar, mereka tidak mahu anak anak Asiah mendengar tohmah masyarakat terhadap ibu mereka. Ibu mereka bukan terlanjur dengan sesiapa tetapi telah diperkosa ketika mencari nafkah.
Maka duduklah Asiah di Baitus Solehah sambil belajar mendalami ilmu fardhu ain dan membetulkan bacaan Al Quran.
Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada Asiah untuk menjalani kehidupan yang penuh duri dan ranjau ini sambil menyara anak anaknya.
Lelaki yang diharap menjadi pelindung, meninggalkan dia dengan anak anak, lelaki yang patut menjaga perempuan telah mengambil kesempatan pulak dengan menyamun duit dan kehormatan dirinya. Lelaki mana lagi yang boleh diharapkan? – Baitus Solehah
BACA TOP 3 INI JUGA:
- Yang Suami Orang Pun Saya Rasa...Yang Bujang Pun Saya Rasa...Pendek Kata Semua Orang Pernah Rasa Saya...
- Dihina Mertua Belajar Tak Pandai..3 Tahun Lepas Tu Suami Tercengang Aku Dah Ada…
- Rahsia BESAR Isteri TERBONGKAR Lepas Suami Jumpa Seluar Dalam & Bra BASAH Dalam Handbag !
Post a Comment