Bodyguard Dipukul Samseng Jalanan Di Kepala, Terima 9 Jahitan

Bodyguard Dipukul Samseng Jalanan Di Kepala, Terima 9 Jahitan

Ampang Jaya – Seorang pengawal peribadi cedera di bahagian kepala akibat dipukul sekumpulan lelaki dengan menggunakan helmet dan rantai kunci motosikal, Jumaat lalu.

Bodyguard Dipukul Samseng Jalanan Di Kepala, Terima 9 Jahitan
Bodyguard Dipukul Samseng Jalanan Di Kepala, Terima 9 Jahitan

Dalam kejadian jam 10.30 malam di Jalan Persiaran Pandan 1, Pandan Jaya, Khamarol Aizad Abdullah, 28, bersama isteri dan dua orang anaknya menaiki kereta Proton Persona berhenti di persimpangan lampu isyarat, tiba-tiba dihampiri sebuah motosikal yang terus melanggar cermin sisi kiri keretanya.

ARTIKEL MENARIK:
1. Jumpa mayat bayi merengkuk dalam tandas

2.  Sayu : 14 jam sebelum maut kemalangan .. Jururawat sempat habiskan masa melayan anak-anak (12Gambar)

3. Mayat wanita mengandung & tiga budak ditemui terapung

4. Pasangan Tunang Ditemukan Maut Dalam Kereta

5. Temberang Pelajar Sembunyi Bayi Luar Nikah Terbongkar


loading...

“Tiba-tiba sebuah motosikal jenis Honda dinaiki seorang lelaki, perempuan dan juga budak telah melanggar cermin sisi kereta. Kemudian mereka bersama sebuah lagi motosikal yang juga dinaiki seorang lelaki, perempuan dan juga seorang kanak-kanak telah menghalang laluan kereta saya.

“Saya terus keluar dari kereta dan mereka terus datang dan menuduh saya telah menghimpit laluan mereka. Mereka yang membawa helmet dan fork lock terus memukul kepala saya beberapa kali sebelum disertai orang ramai,” kata mangsa.

Dalam masa yang sama, dua pembonceng wanita terbabit memukul kereta mangsa dengan helmet.

Dua suspek lelaki terbabit turut meminta wang sebanyak RM300 sebagai kos perubatan sebelum salah seorang daripada suspek pergi memaki hamun isteri mangsa yang ketakutan dalam kereta.

“Mereka juga mahu mengambil anak saya dan diletakkan di tengah jalan. Isteri saya turut dipukul di bahagian mulut. Saya meminta maaf dan menyerahkan wang RM300 kepada mereka sebelum mereka beredar,” katanya.


Ekoran kejadian itu, mangsa cedera di bahagian kepala dan lebam di beberapa bahagian badan telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang serta menerima 9 jahitan di kepala. Kereta mangsa juga mengalami kemek akibat dirosakkan dua suspek wanita.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah dan berharap pihak polis mengambil tindakan terhadap kesemua suspek yang terlibat.

Kredit - Blog Berita Online


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post