Percaya atau tidak setiap premis judi haram atau yang berselindung di sebalik lesen hiburan dan keluarga di negeri ini memperuntukkan sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan untuk merasuah pihak berkuasa serta ahli politik.
Tauke Judi Di Selangor Beri Rasuah RM20,000 Sebulan – Jamal |
Jika RM20,000 dikhususkan untuk merasuah bayangkan berapa kadar keuntungan yang diraih oleh pengusaha premis judi haram kerana difahamkan, bagi setiap mesin slot, kebiasaannya sindiket telah menetapkan keuntungan pada nisbah 70:30.
ARTIKEL MENARIK:
1. KINI VIRAL : Prihatin nasib orang Melayu, Ku Nan cadang P.Pinang jadi sebahagian Wilayah Persekutuan
2. Harga Bahan Api Bagi Januari 2017 – RON95, RON97 & Diesel Semua Naik Sebanyak 20 Sen
3. Hotel diroboh, Jamal dakwa Azmin berdendam
4. JAMAL MALU BESAR ! Ini Respon Siti Lepas DIHINA Jamal Airnya Tak Subur ! TERBAIK Dato Siti ! Hahahaha
5. PANAS: JAMAL KONFEM MENANGIS BILA DIPERLI SITI NURHALIZA. Berani Jugak Siti Ni. Tak Sangka Dia Berani Cakap Macam Ni Kat Jamal. ANDA RASA PATUTKA SITI KATA MACAM INI?
loading...
Sebab itu hanya tiga bulan diperlukan oleh pengusaha premis judi siber di negeri ini untuk menuai keuntungan atau sekurang-kurangnya mendapat kembali modal permulaan RM500,000 yang dibelanjakan bagi memulakan operasi judi.
Perkara tersebut didedahkan Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos dan menurutnya, jumlah RM20,000 itu adalah kadar minimum kerana jika lebih banyak mesin slot dioperasikan, lebih besar kadar rasuahnya.
“Inilah sebenarnya yang kita sebut kuasa wang di sebalik premis judi di Selangor. Inilah yang menjadikan pengusaha premis judi ini kebal walaupun banyak serbuan dilakukan pihak berkuasa kerana mereka ada kuasa ‘membeli’.
“Rantaian rasuah ini pula bermula sebelum lesen diluluskan lagi dan berlarutan sehinggalah premis judi beroperasi. Saya percaya pihak berkuasa dan ahli politik tahu perkara ini tetapi pasti mereka nafi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini membangkitkan persoalan mengenai ‘kuasa wang’ di sebalik sindiket judi di Selangor, memandangkan premis judi tumbuh ibarat cendawan selepas hujan selain lesen hiburan dan keluarga juga diluluskan tanpa banyak masalah.
Dalam pada itu, Jamal yang sebelum ini berikrar akan memerangi aktiviti judi haram di Selangor memberitahu, tidak mudah untuk pihak berkuasa khususnya polis membersihkan sindiket judi siber kerana terdapatnya penglibatan orang politik.
“Saya mendapat maklumat ada kes lesen hiburan dan keluarga ini terpaksa diluluskan kerana tekanan daripada orang politik dan inilah yang menyukarkan pihak polis kerana lesen berterusan diberikan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.
Post a Comment