ALLAHHUAKBAR ! Inilah Whatsapp Terakhir Pegawai JPJ 5 Minit Sebelum Dia Maut Ditetak.. Memang TAK SANGKA !

ALLAHHUAKBAR ! Inilah Whatsapp Terakhir Pegawai JPJ 5 Minit Sebelum Dia Maut Ditetak.. Memang TAK SANGKA !

Allahyarham Jaiman Sapar, 53, sempat membalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada anak kedua­nya kira-kira lima minit sebelum maut ditetak di pekarangan rumah sewanya di sini semalam.

ALLAHHUAKBAR ! Inilah Whatsapp Terakhir Pegawai JPJ 5 Minit Sebelum Dia Maut Ditetak.. Memang TAK SANGKA !
ALLAHHUAKBAR ! Inilah Whatsapp Terakhir Pegawai JPJ 5 Minit Sebelum Dia Maut Ditetak.. Memang TAK SANGKA !

Menurut Fatin Shazreen, 27, dia menghantar pesanan ringkas memaklumkan bapanya mengenai rawatan penyakit payudara yang dihidapinya.

ARTIKEL MENARIK:
1. ALLAH ! Akhirnya Azarul Dedah Bagaimana Dia Boleh Hidup Selama 7 Hari ... Rupanya 'DIA' Yg Jaga Azarul

2. SUBHANALLAH ! Mangsa Hilang Di Broga Dedah Cerita Sebenar Bagaimana Dia Boleh Sesat ! Patutlah Orang Cari Tak Jumpa !

3. Video : bergaduh dengan mak mertua, Menantu humban anak sendiri di tangga

4. CURIGA Kematian Anak Dalam PULAPOL. Ibu Minta POLIS Siasat Punca Sebenar Kematian Anaknya !!!

5. Sayu : Gengaman terakhir buat suami tersayang .. Suami maut dua motosikal bertembung (8Gambar)


loading...

“Saya memberitahunya akan mendapatkan rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan selepas mendapat rawatan di Terengganu sebelum ini.

“Saya menghantar mesej Whats­App pukul 12.10 tengah hari dan arwah menjawabnya. Namun pukul 1 petang saya mendapat panggilan telefon daripada keluarga di Pontian mengenai kejadian yang menimpa ayah,” katanya ditemui pemberita selepas bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Parit Ismail di sini, pukul 9.30 pagi ini.

Kira-kira 200 penduduk tempatan termasuk dua bekas isteri dan empat anaknya selain rakan sekerjanya dari daerah ini, Batu Pahat dan Seremban, Negeri Sembilan menghadiri pengebumian tersebut.

Allahyarham yang merupakan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pontian ditetak lelaki tidak kenali sebaik sahaja tiba di rumah sewanya di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom di sini pu­kul 12.38 te­ngah hari.

Mangsa yang merupakan seorang duda cedera parah ditetak di leher dan bahu serta ditusuk di bahagian perut serta disahkan meninggal dunia di Hospital Pontian.

Jaiman merupakan anak kelima daripada lapan beradik dan sudah 33 tahun berkhidmat de­ngan JPJ dengan jawatan sejak tiga tahun lalu sebagai Pemeriksa Kereta Motor.

Sementara itu rakan sekerjanya, Sharin Shariff, 38, terkejut de­ngan kejadian yang menimpa rakan sejawatnya dan menyifatkan Allahyarham seorang yang baik dan amat disenangi rakan sekerja.

“Kami semua amat terasa kehilangan beliau yang dianggap sebagai bapa kerana selalu menjadi tempat rujukan meminta nasihat sama ada mengenai tugas atau perkara lain,” katanya.

Seorang lagi rakan sekerja Allahyarham, Farah Hazlin Abdul Rahman, 38, memberitahu, kira-kira dua minggu lalu arwah menasihati mereka agar banyak minum air masak dan kurang mengambil air manis serta bergas.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zakaria Abdul Rahman berkata, gerakan memburu suspek giat dijalankan dan ketika ini beberapa penagih dadah tegar sudah ditahan yang dipercayai boleh membantu siasatan.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post