Header Ads

VIDEO 'Tolong ayah, tolong ayah, mereka akan masukkan saya dalam penjara' - Anak meraung bapa tarik balik ikat jamin

loading...

Suasana di sebuah Mahkamah Sesyen di sini hari ini bertukar kecoh apabila seorang tertuduh kes samun berkumpulan menangis teresak-esak sambil menjerit-jerit selepas bapanya bertindak menarik balik wang jaminan yang telah dibayar terhadapnya.

VIDEO 'Tolong ayah, tolong ayah, mereka akan masukkan saya dalam penjara' - Anak meraung bapa tarik balik ikat jamin
VIDEO 'Tolong ayah, tolong ayah, mereka akan masukkan saya dalam penjara' - Anak meraung bapa tarik balik ikat jamin

“Tolong ayah, tolong ayah, mereka (polis) akan masukkan saya dalam penjara,” kata tertuduh, M. Herry Dass, 26, beberapa kali sambil melutut berhampiran tepi kandang tertuduh.


ARTIKEL MENARIK:
1. Kemeriahan majlis perkahwinan bertukar menjadi tragedi apabila seorang lelaki parah diserang ditikam

2. [VIDEO] Budak 2 Tahun Diliwat & Direnjat Dengan Pistol Renjat

3. Licik 4 Bersaudara .. lepas " PROJEK " di pusat kecantikan sempat lagi BERSELFIE (4 Gambar)

4. VIDEO: Tumbuk Mak Cik Tua Ketika Azan Berkumandang. Akhirnya Anak Muda ini Terima Balasan yang MENGERIKAN !

5. Akhirnya Terbongkar ! Polis Dedahkan Identiti Sebenar Datuk M , Rupa-rupanya Dia Ketua...



Ketika itu bapanya, V. Maria Dass, 55, yang memakai baju T kelabu hanya berdiri kaku di tepi kandang tertuduh sambil memberitahu Hakim S. Indra Nehru bahawa dia mahu menarik balik wang jaminan RM3,000 yang telah dibayar ketika anaknya dihadapkan ke mahkamah pada 24 Jun lalu.

Kekecohan itu menyebabkan Indra Nehru terpaksa menangguhkan seketika prosiding tersebut bagi memberi masa kepada tertuduh dan bapanya berbincang bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Selepas prosiding disambung semula kira-kira lima minit kemudian, Maria Dass dilihat tetap dengan keputusannya untuk menuntut semula wang jaminan yang telah dibayar terhadap anaknya itu.

Mendengar keputusan ayahnya itu, Herry Dass terus meraung serta meluru ke arah bapanya memohon maaf sebelum sujud di kaki Maria Dass yang tetap berkeras dengan keputusannya itu.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan Maria Dass menyebabkan anaknya itu ditahan di penjara sehingga kesnya disebut semula pada 17 Januari tahun depan.

Terdahulu, semasa sebutan kes itu, Herry Dass didakwa melakukan rompakan berkumpulan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 8 Jun lalu di Buntong dekat sini dan dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sementara itu, Maria Dass ketika ditemui pemberita selepas prosiding selesai berkata, dia bertindak menarik balik wang ikat jamin tersebut kerana tidak tahan dengan perangai anaknya itu yang tidak pernah insaf dan terus melakukan jenayah sejak 10 tahun lalu.

“Sudah 10 tahun saya bagi muka. Sepanjang tempoh itu saya telah berhabis lebih RM20,000 untuk membayar denda yang dikenakan mahkamah terhadapnya bagi tiga atau empat kes yang dia lakukan sebelum ini.

“Itu bukan duit saya, terpaksa meminjam daripada orang lain. Saya sudah tidak tahan lagi dengan perangainya,” kata Maria Dass.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.