Breaking News

Tak Tahan Lagi ! Kerajaan Myanmar Buat Tindakan MENGEJUTKAN Lepas Najib Kecam Suu Kyi

loading...

NAYPYIDAW: Myanmar melarang pekerjanya daripada berkunjung ke Malaysia ketika hubungan kedua negara itu bertambah tegang susulan tindakan keras berdarah tentera ke atas etnik Rohingya di negara majoriti Buddha itu.

Tak Tahan Lagi ! Kerajaan Myanmar Buat Tindakan MENGEJUTKAN Lepas Najib Kecam Suu Kyi
GAMBAR fail, seramai 20,000 orang hadir pada Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa hari ini yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 4 Disember lalu. - Foto BERNAMA

Tindakan diambil selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menyelar pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi kerana membenarkan 'penghapusan bangsa' dalam pentadbirannya ketika satu perhimpunan Ahad lalu di Kuala Lumpur yang menarik ribuan penyokong.


ARTIKEL MENARIK:
1. Allahu Akbar .. BERITA TERKINI!! Aceh dilanda musibah GEMPA lagi .. terkini sudah 97 orang terkorban (22 Gambar)

2. Bukti Kekuasaan Allah ! Cleaner Bangla Ini DIHINA Kerana Tengok Barang Kemas, Tapi Lihat Apa Yg Berlaku Padanya Selepas Tu !

3. GEMPAR!! Baru Jea Menyanyi LIMA PATAH PERKATAAAN, Semua JURI Serentak PUSING Kerusi Mereka..KORANG MESTI TERKEJUT!!! lihat sendiri (video).......

4. Kerajaan Myanmar Akan Menarik Semula 100,000 Pekerja Di Malaysia, Ini Nasihat MEF Kepada Najib

5. Dulu Anak Kecil Ini Jadi VIRAL Kerana Hisab Rokok 40 Batang Sehari TAPI, Lihat Foto Terkini Ardi Di Tahun 2016 Sangat Mengejutkan

Penunjuk perasaan membantah tindakan keras tentera di negeri barat Myanmar di Rakhine yang menyebabkan lebih 20,000 penduduk Islam Rohingya ke Bangladesh. Seorang menteri kabinet dalam kerajaan Malaysia turut menggesa semakan semula keanggotaan Myanmar dalam blok serantau ASEAN.

Pihak berkuasa Myanmar menafikan dakwaan penderaan dan Suu Kyi memaklumkan masyarakat antarabangsa supaya berhenti "menyebarkan api kebencian." Lewat kelmarin, Kementerian Imigresen Myanmar berkata, ia berhenti mengeluarkan lesen baharu buat warganya bekerja di Malaysia, yang selama bertahun menjadi destinasi utama buruh pendatang.

"Myanmar secara seketika berhenti menghantar pekerja ke Malaysia bermula 6 Disember disebabkan situasi terkini di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan tanpa mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan:
Kerajaan Myanmar Akan Menarik Semula 100,000 Pekerja Di Malaysia, Ini Nasihat MEF Kepada Najib

Malaysia menempatkan puluhan ribu pekerja Myanmar, kebanyakannya menjadi buruh kilang atau industri makanan dan hospitaliti. Menurut Malaysia, kira-kira 56,000 etnik Rohingya tiba di pantainya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. -AFP

Kredit: http://www.bharian.com.my

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments