Pengguna Telefon Bakal Alami Gangguan Telekomunikasi Sehingga Jun 2017

Pengguna Telefon Bakal Alami Gangguan Telekomunikasi Sehingga Jun 2017

KUALA LUMPUR: Pengguna kemungkinan mengalami gangguan telekomunikasi sementara berikutan kerja-kerja penentukuran semula stesen pangkalan penyedia perkhidmatan bermula September lepas sehingga Jun 2017.

Pengguna Telefon Bakal Alami Gangguan Telekomunikasi Sehingga Jun 2017
Pengguna Telefon Bakal Alami Gangguan Telekomunikasi Sehingga Jun 2017

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), dalam kenyataan pada Selasa, berkata kerja-kerja penentukuran semula itu berikutan pelaksanaan pengagihan semula spektrum seperti yang diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


ARTIKEL MENARIK:
1. JANGAN Abaikan Jika Anda SERING Melihat BINTIK-BINTIK AIR DI JARI, WAJIB BACA !

2. Korang Tahu Tak Apa Fungsi Gegelung Kat Troli Supermarket Ni? Bukan Tempat Letak Anak Sebenarnya Tapi...

3. Ramai Salah Bancuh Susu Anak Sampai Hilang Khasiatnya, Berikut Adalah 5 Langkah Betul bancuh Susu Bayi

4. Inilah Sebab Utama Kenapa Jangan Bagi Anak Minum Milo Seawal Usia 7 Tahun. Kongsikan Demi Kesihatan Anak-Anak...

5. Air Halia Panas Banyak Kelebihannya Terutama Untuk Wanita. Baca Sebabnya Di Sini

"Pengguna mungkin akan mengalami gangguan sementara terutama bagi pengguna 2G yang mungkin akan mengalami gangguan perkhidmatan seperti panggilan terputus dan kelewatan menerima teks mesej (SMS) dalam tempoh masa berkenaan," kata CFM.

Menurut kenyataan itu, bagi mengurangkan kesan pelaksanaan proses pemindahan spektrum itu kepada orang awam, proses penyusunan semula telah dijadualkan dari 12 tengah malam sehingga 6 pagi.

Pengguna yang mengalami gangguan perkhidmatan berpanjangan diminta menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing di talian 1-800-82-112 atau 123 bagi pengguna Maxis, 016-221 1800 (Digi), 019-601 1111 atau 1111 (Celcom) dan 1 800 188 030 (MCMC).

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post