Mak Tiri Durjana!!.. Belasah Kanak-kanak 5 Tahun Hingga Patah Tulang Belakang

Mak Tiri Durjana!!.. Belasah Kanak-kanak 5 Tahun Hingga Patah Tulang Belakang

KOTA BHARU - Sayu hati seorang ibu melihat keadaan anak kandungnya yang berusia 5 tahun didera oleh ibu tirinya.

Mak Tiri Durjana!!.. Belasah Kanak-kanak 5 Tahun Hingga Patah Tulang Belakang
Mak Tiri Durjana!!.. Belasah Kanak-kanak 5 Tahun Hingga Patah Tulang Belakang 


"Sampai hati Yaya diperlakukan seteruk ini," kata Sana Abd Malek, 28 tahun.

Sana terkejut melihat keadaan anaknya yang kelihatan cekung dan dalam kesakitan.

Difahamkan, kali terakhir Sana bertemu dengan anaknya pada Ramadan tahun 2014, setelah bekas suaminya tidak membenarkan Sana bertemu dengan mangsa.

"Luluh hati saya melihat kesan parut di belakang badannya dan luka di kepala. Doktor juga memaklumkan anak saya turut patah tulang belakang," katanya kepada wartawan Harian Metro di wad Kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Penderitaan Yaya itu hanya diketahui oleh ibu kandungnya setelah mangsa di Rantau Panjang pada Rabu lalu. Sana menjelaskan, isteri kepada bekas suaminya itu telah menghubunginya dan meminta untuk mengambil Yaya kerana mereka sibuk bekerja.

Ekoran itu, ibu mangsa membuat laporan polis selepas menghantar mangsa ke Hospital Golok, Thailand, sebelum dirujuk ke HRPZ II, semalam.- THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment

Previous Post Next Post