Sadis!! Kisah Kanak-Kanak Yang Pulang Sendirian Menaiki Bas

Sadis!! Kisah Kanak-Kanak Yang Pulang Sendirian Menaiki Bas

Kisah mengenai Usop, seorang kanak-kanak yang dihantar oleh neneknya ke stesen bas hentian Putra, untuk kembali kepada ibu bapanya yang tinggal di Kelantan. Sadis !.. pasti meninggalkan kesan mendalam di hati anda..

Sadis!! Kisah Kanak-Kanak Yang Pulang Sendirian Menaiki Bas
Sadis!! Kisah Kanak-Kanak Yang Pulang Sendirian Menaiki Bas
Setelah bas bergerak tidak jauh dari hentian Putra, usop yg duduk di kerusi belakang, bangun dan menghampiri pemandu

bas.

“Abg, nanti kalau sampai Tanah Merah, bagitau ye”,

“ye” jawab pemandu bas.

Tidak berapa lama kemudian, Usop menghampiri pemandu bas lagi dan berkata,

“abg, dah sampai Tanah Merah ke?”,
“belum, tak pe duduk dulu, nanti abang bagitau”.

Tidak lama selepas itu, Usop menghampiri lagi pemandu bas tadi,
“abg, dah sampai belum?”,
“tak lagi dik”.

Semua penumpang berasa tidak senang dengan Usop kerana sikapnya itu.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya “dah sampai ke bang?”,

“belum dik, jauh lagi” jawab pemandu bas dengan nada yang agak geram.

Kemudian Usop datang lagi dan bertanya,

“sampai tak lagi bang?”,
“aku cakap belum! Belum la! Ko duduk je, nanti sampai aku bagitau la!”.

Usop pun kembali semula ke kerusinya.

Semua penumpang turut marah dengan sikap nya itu. Usop diam, dan dia pun tertidur. semua orang merasa tenang.

Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari, bas telah pun melepasi Tanah Merah.

Ketika hendak memasuki Kota Bharu, pemandu bas tadi baru teringatkan hasrat Usop. Usop masih tidak sedar dari tidurnya.

Semua orang merasa kasihan dengan Usop. Pemandu bas berbincang dengan penumpang, samada hendak pusing semula ke Tanah Merah atau

terus ke Kota Bharu.

Selesai berbincang, mereka semua sepakat untuk pusing semula ke Tanah Merah kerana kasihankan Usop.

Setelah sampai di Tanah Merah, pemandu bas terus mendekati Usop dengan perasaan simpati,

“Dik, dah sampai dah Tanah Merah”,
“oh, ye ke? Terima kasih bang”

Kemudian Usop segera membuka beg nya dan mengeluarkan sesuatu.

Dengan penuh hairan, pemandu bas bertanya,

“adik tak nak turun ke?”,
“tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. Cuma nenek ade pesan, kalau sampai Tanah Merah nanti, makan nasi yang nenek bagi ni, takut

nanti sakit perut pulak”.

Sekian.. :P

Post a Comment

Previous Post Next Post