Breaking News

Fobia Dengan Penceraian, Raja Azmi Dilema Mahu Rujuk Bekas Suami

loading...

Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman memberitahu masih lagi dalam dilema untuk menerima perlawaan bekas suaminya Mohd Eddie Ghazali agar rujuk kembali sebagai suami-isteri.

Fobia Dengan Penceraian, Raja Azmi Dilema Mahu Rujuk Bekas Suami
Fobia Dengan Penceraian, Raja Azmi Dilema Mahu Rujuk Bekas Suami
Raja Azmi, 56, berkata, dia masih lagi fobia dengan perceraian lalu dan tidak mahu perkara yang berlaku sepanjang bergelar suami-isteri berulang kembali.

“Saya keliru dan berada dalam keadaan dilema sama ada untuk kembali semula dengannya atau tidak kerana banyak perkara yang saya fikirkan terutama sepanjang bergelar isterinya.

“Saya tidak nafikan ada perasaan sayang terhadap dia dan selepas bercerai juga kami masih baik sebagai kawan, malah saya rasakan hubungan sebagai kawan itu lebih baik,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Raja Azmi bersama Eddie ketika hadir untuk proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor pada November lalu.
Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya untuk kembali bersama dengan bekas suami dalam program hiburan Melodi, pada Ahad lalu.

Dia berkata, kenyataan itu dibuat kerana dia sendiri serba salah dan tidak mahu mengecilkan hati bekas suaminya yang berusaha memujuk dia semula untuk kembali bersama.

“Saya cakap pada Melodi selepas mereka tunjuk video Eddie yang meminta saya bersama semula dengannya, ketika itu saya serba salah untuk jawab bagaimana yang tidak mahu kecilkan hati dia.

“Secara jujurnya, saya tersentuh dan kagum dengan usaha dia yang gigih tanpa henti untuk memujuk saya,” ujarnya.

Jelas Raja Azmi, dia sudah melakukan solat istikharah untuk mendapatkan kepastian, namun hingga kini masih belum diberikan petunjuk.

Katanya, ia merupakan keputusan yang paling sukar untuk dibuat dalam hidup.

“Saya sedang fikir masak-masak dan sudah buat macam-macam solat hajat termasuk solat istikharah, namun masih belum diberikan sebarang petunjuk.

“Saya akui ia adalah keputusan paling sukar untuk dilakukan sepanjang hidup saya kerana sebelum ini saya seorang yang mudah membuat keputusan tanpa berfikir panjang,” ujarnya.

Jelasnya, selepas khabar untuk rujuk kembali diketahui umum, anak-anak dan rakan-rakan terdekatnya meminta dia agar memikirkan secara rasional.

Sementara itu, kata Raja Azmi jika ia bersetuju untuk rujuk semula ia lebih mudah dilakukan ketika berada dalam edahnya iaitu yang dijangka habis pada 11 Februari ini.

“Kalau nak rujuk ketika dalam edah ebih mudah kerana selepas edah perlu nikah kembali. Tetapi itu bukan perkara utama yang saya fikirkan,” ujarnya.

Raja Azmi dan Eddie bercerai pada 11 November lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor selepas berkahwin pada 13 Oktober 2013.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.


Sumber : BERNAMA
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments