Samseng bakar perempuan selepas gagal merogolnya

Samseng bakar perempuan selepas gagal merogolnya

INDIA – Malang menimpa seorang remaja berusia 15 tahun apabila dia dibakar oleh sekumpulan lelaki sebagai membalas dendam kerana gagal merogolnya sebelum ini.

Samseng bakar perempuan selepas gagal merogolnya
Samseng bakar perempuan selepas gagal merogolnya

Remaja itu meninggal dunia selepas seminggu dibakar hidup-hidup oleh samseng berkenaan.


Kejadian berlaku ketika gadis itu keluar dari rumahnya di Uttar Pradesh pada 16 November lalu.

Menurut keluarganya, enam lelaki telah mengheret anak mereka, lalu mencurahkan minyak tanah dan menyalakan api ke atasnya.

Ia sebagai satu hukuman kerana mereka gagal mencabulnya sebelum ini.

“Empat daripada enam lelaki itu sudah ditahan dan kini polis masih memburu dua lagi lelaki. Kesemua mereka berasal dari kampung yang sama,’’ kata jurucakap polis.

Pembunuhan keji itu sekali lagi mengejutkan India selepas kejadian malang yang menimpa seorang pelajar universiti pada 2012.

Dalam kejadian tersebut, pelajar berusia 23 tahun itu dirogol beramai-ramai di dalam sebuah bas yang bergerak, sebelum dia dihumban keluar dari bas terbabit.

Teman lelakinya pula dibelasah. Kejadian ini turut mendapat liputan media antarabangsa.

Post a Comment

Previous Post Next Post