Foto 'Tauke Raja Lawak' bercumbuan tersebar?

Foto 'Tauke Raja Lawak' bercumbuan tersebar?

Kuala Lumpur: Kalaulah betul itu gambar saya, saya tentu akan cari penyebarnya sampai ke akar umbi,” jelas pelawak dan pelakon Tauke mengenai penyebaran beberapa keping gambar seorang lelaki didakwa dirinya bercumbuan dengan seorang wanita, tersebar di media sosial semalam.

Foto 'Tauke Raja Lawak' bercumbuan tersebar?
Foto 'Tauke Raja Lawak' bercumbuan tersebar?
Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 37, berkata, penyebaran gambar yang mengaitkannya dirinya itu adalah perkara yang memeranjatkan.


“Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus-terang saya sendiri tak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan bila ia diambil.

“Yang pasti setakat ini gambar yang disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar saja. Jadi saya kena tengok dulu sebelum komen lebih lanjut,” katanya.

Penyebaran beberapa keping gambar seorang lelaki berkelakuan sumbang dan bercumbuan dengan wanita menimbulkan kekecohan semalam apabila individu itu didakwa Tauke.

Dakwaan itu juga turut mengatakan lelaki berkenaan terkenal dengan sikapnya yang sering bertukar-tukar teman wanita selama ini dan dikaitkan dengan pelawak terbabit.

Difahamkan, gambar-gambar itu tersebar selepas lelaki berkenaan menghantar telefon bimbitnya untuk servis di sebuah kedai.

Gambar yang disimpan dalam kad memori telefon itu disalin pihak tidak bertanggungjawab dan menyebarkannya di media sosial.

Tauke berkata, gambar lelaki yang didakwa dirinya berkemungkinan satu sabotaj pihak tertentu untuk memburukkan nama dan imejnya.

“Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.

“Zaman sekarang macam-macam benda boleh berlaku. Tapi kalau betul ia disebarkan dengan tujuan jahat saya takkan teragak-agak untuk cari penyebar asal gambar itu. Kalau perlu ambil tindakan undang-undang saya akan buat,” katanya.

Tauke berkata, penyebaran gambar seperti itu yang dikaitkan dengan selebriti bukan perkara baru dan perlu ditangani dengan bijak.

“Ini bukan perkara baru sebab seingat saya sebelum ini (pelawak) Nabil juga pernah terkena sabotaj begini. Jadi saya tak perlu panik selagi benda tak sahih.

“Cuma saya percaya apa yang berlaku ini adalah satu tamparan yang mahu menjejaskan tumpuan saya dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 sekarang,” katanya yang kini bergabung dengan Yus dan Zizan Razak sebagai kumpulan Virus dalam pertandingan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post