Header Ads

KEJAM, Pasangan Warga Emas Di Bunuh Di Kuala Ketil

loading...
KEJAM, Pasangan Warga Emas Di Bunuh Di Kuala Ketil | Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati di ruang tamu rumah di Taman Desa Bidara, tengah hari semalam selepas menjadi mangsa samun kejam.

KEJAM, Pasangan Warga Emas Di Bunuh Di Kuala Ketil
KEJAM, Pasangan Warga Emas Di Bunuh Di Kuala Ketil
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa Zahari Yahya dan Salmah Hussin, masing-masing berusia 60 tahun, dijumpai mati disyaki akibat kecederaan parah di bahagian leher dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam.


Difahamkan, mayat pasangan pesara Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Klinik Kesihatan Kuala Ketil terbabit ditemui dalam keadaan terlentang oleh anaknya yang pulang untuk makan tengah hari di rumahnya.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, siasatan mendapati kedua-dua mangsa maut disebabkan beberapa tetakan di belakang leher dengan menggunakan senjata tajam.



"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Al Fatihah...semoga pihak polis berjaya memburu dan menghukum pembunuh kejam ini....


loading...

No comments

Powered by Blogger.