Letupan Lombong: Mangsa pertama tiba di HSNZ

Letupan Lombong: Mangsa pertama tiba di HSNZ

KUALA TERENGGANU – Seorang warga Indonesia, mangsa letupan terowong lombong arang batu di Seri Aman, Sarawak pada Sabtu, merupakan mangsa pertama yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini.

Letupan Lombong: Mangsa pertama tiba di HSNZ
Letupan Lombong: Mangsa pertama tiba di HSNZ
Triono, 28, diterbangkan menerusi penerbangan ihsan pesawat Hercules C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kuching pada 12.30 tengah hari, tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira 2.45 petang tadi.


Selain Triono, lima lagi mangsa turut menaiki pesawat yang sama untuk mendapatkan rawatan doktor pakar di hospital Semenanjung untuk merawat kecederaan mereka selepas melecur teruk.

Dua rakyat Korea, Sin Chol Ju, 28; dan Yang Chol Jin, 36; dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, seorang rakyat Myanmar, Aung Min Htut, 25, ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur.

Dua lagi rakyat Indonesia iaitu Abdul Salam, 26, dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor manakala Mohd Zainuddin, 25; dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Dalam kejadian 9 pagi itu, tiga mangsa terkorban iaitu rakyat Korea Utara Pang Chung Hyok, 29, rakyat Myanmar Tun Tun Win, 36, dan rakyat Indonesia, Kardianto, 38.

Sejumlah 30 mangsa yang kebanyakannya warga asing dimasukkan ke hospital setelah terowong, lombong tempat mereka bekerja meletup. – BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post