Header Ads

Artis kantoi teguk air kencing setan sambil 'feel' sebelum persembahan

loading...
SS tak pastilah pula sama ada sejak muda artis ini terpaksa meneguk minuman keras dulu untuk mendapatkan 'feel' menyanyi.

Artis tempatan kantoi teguk air kencing setan ambil 'feel' sebelum persembahan
Artis tempatan kantoi teguk air kencing setan ambil 'feel' sebelum persembahan

Ini kerana baru-baru ini, ada rakan SS yang ternampak artis itu dengan selambanya meneguk air itu sebelum beberapa jam dia akan membuat persembahan.

Bukan sekali dua, dah banyak kali rakan SS yang juga aktif sebagai penganjur persembahan terlihat aksinya itu.

Menurut rakan SS yang memang sudah biasa panggil artis itu untuk menjayakan pelbagai acara anjurannya, berasa terkejut.

Takkanlah sudah berbelas tahun menyanyi artis itu masih terpaksa menggunakan air itu untuk menaikkan 'feel' dan semangatnya.

Mustahillah dia masih gugup lagi sedangkan artis lain yang seangkatannya boleh saja memberikan persembahan mantap tanpa perlu bergantung kepada benda lain.

Jika benarlah itu formula yang dipakai artis berkenaan itu selama ini untuk mengatasi kegugupannya, patutlah SS tengok wajahnya lesu dan tak bermaya.

Dia bukan lagi menjadi dirinya yang sebenar. Masakan tidak, jika daripada awal dia menyanyi dia meneguk air maka seluruh urat sarafnya sudah tentu tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kebelakangan ini juga kata rakan SS itu, artis terbabit menyanyi macam robot. Dari mula dia menyanyi berdiri tegak macam kayu sebatang, sampai habis lagu, disitulah juga dia berdiri. Dia juga lupa lirik termasuklah lagunya sendiri yang sudah bertahun-tahun dinyanyikannya.
Loading...

No comments

Powered by Blogger.