36,304 calon dapat semua A dalam UPSR 2014

36,304 calon dapat semua A dalam UPSR 2014

PUTRAJAYA – Sebanyak 36,304 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 berjaya mencatatkan A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

36,304 calon dapat semua A dalam UPSR 2014
36,304 calon dapat semua A dalam UPSR 2014
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, jumlah tersebut merupakan 7.89 peratus daripada keseluruhan calon UPSR tahun ini iaitu sebanyak 460,407 calon.


Walau bagaimanapun peratusan calon yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.26 peratus pada 2014 berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 271,776 orang atau 59.03 peratus calon telah mendapat minimum gred C dan jumlah tersebut tidak termasuk mereka yang mendapat semua gred A.

Keputusan UPSR boleh disemak bermula pukul 10 pagi hari ini dengan cara khidmat pesanan ringkas (SMS).

Calon boleh menaip UPSR, diikuti angka giliran selepas jarak dan hantar ke 15888. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi, lapor Antarapos.

Post a Comment

Previous Post Next Post