Lantaklah Apa Mereka Nak Cakap – Nabil Ahmad

Lantaklah Apa Mereka Nak Cakap – Nabil Ahmad

Susah juga sebenarnya menjadi pelawak. Buat lawak yang sensitif sikit pun dah teruk kena hentam. Bukan senang nak buat lawak yang memuaskan hati semua orang.

Lantaklah Apa Mereka Nak Cakap – Nabil Ahmad
Lantaklah Apa Mereka Nak Cakap – Nabil Ahmad

Kalau nak difikirkan hati semua pihak, memang confirmlah lawak tak menjadi. Itulah yang terjadi kepada Nabil Ahmad apabila lawaknya mengenai tuala wanita di minggu kedua MLM2014 mendapat kritikan sesetengah pihak.
nabil ahmad


Secara jujur, rakyat Malaysia ini memang ‘oversensitive’ sedikit. Kadangkala benda mengarut pun boleh dijadikan isu yang besar. Nasib baik Nabil jenis buat tak peduli dengan apa yang diperkatakan. Kata Nabil menerusi Harian Metro:-

Lantaklah apa mereka nak cakap. Setakat yang pertikaikan pun dua atau tiga kerat saja. Orang lain okey saja. Kalau nak ambil semua orang cakap memang tak boleh hiduplah saya jadinya. Cuba fikir secara logik kalau produk tuala wanita itu benda yang betul-betul sensitif kenapa iklan mengenainya tidak dihentikan?

Saya hanya buat lawak daripada apa yang sedia ada dan perkara biasa dalam kehidupan kita. Tak ada apa sensitif atau pelik pun rasanya dengan jenaka itu. Jadi tak payahlah pihak tertentu nak besar-besarkan hal sebab majoriti yang lain okey dengan lawak itu.
nabil



Apabila pelawak luar negara buat lawak lagi sensitif, bersifat perkauman dan lucah tak ada pulak nak kecoh-kecoh. Bila si Nabil buat lawak yang kononnya sensitif habis terus kena hentam. Kesian Nabil. Tak apalah. Inilah dugaan menjadi pelawak di zaman sekarang. Apa pun, semoga Nabil akan terus menunjukkan prestasi mantap di MLM2014. Teruskan perjuanganmu.

Post a Comment

Previous Post Next Post