Log masuk MyJPJ guna MyDigital ID dibatal serta-merta – Anthony Loke

Log masuk MyJPJ guna MyDigital ID dibatal serta-merta – Anthony Loke

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini serta-merta membatalkan syarat log masuk ke dalam MyJPJ menggunakan MyDigital ID yang sepatutnya berkuatkuasa mulai 10 Oktober ini.

Log masuk MyJPJ guna MyDigital ID dibatal serta-merta – Anthony Loke



Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, syarat log masuk itu digugurkan selepas mendengar keluh kesah daripada orang ramai yang mendakwa sukar mengisi butiran mereka dalam akaun MyDigital ID.

ARTIKEL MENARIK:Suspek nampak baik, tidak sangka dia sekejam itu – Jiran Sabari


Beliau berkata, pihaknya juga telah mengarahkan supaya pesanan ‘pop-up’ mengenai arahan log masuk itu diturunkan serta merta hari ini.

“Saya nak tegaskan belum ada pengumumam rasmi daripada MOT mengenai arahan itu. Bagaimanapun, arahan itu dilihat mengelirukan orang ramai.



Loading...


“Selepas mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, saya bincang dengan pihak MyDigital ID bersetuju supaya usaha log masuk menggunakan ID tunggal itu akan dibuat secara ‘back- end’ (dalaman) menerusi sistem,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya telah mencapai persetujuan bahawa penggunaan log masuk MyJPJ boleh digunakan seperti biasa tanpa sebarang gangguan. – KOSMO! ONLINE


Kredit - Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post