Ramai yang menanam pokok kunyit di sekitar rumah memandangkan selalu digunakan dalam masakan, baik daun mahupun isinya.
Cuma ada pokok yang ditanam naik dengan subur dan ramai juga yang merungut pokok kunyit ‘kurus melidi’, daun tak lebat dan menguning.
ARTIKEL MENARIK:Inilah Cara Hapuskan Rumput Liar Di Halaman Rumah Menggunakan Garam
Jika pokok kunyit yang ditanam kurang menjadi boleh gunakan beberapa tip yang dikongsi oleh seorang netizen dalam satu hantaran oleh di Facebook Berkebun Tepi Rumah.
Berjaya menanam pokok kunyit dengan subur sekali, dengan daun yang cukup lebar ‘boleh dibuat kipas’ ini tip mudah yang digunakan.
“Pokok ini tanam guna tanah biasa saja, tak beli baja apapun tapi pokoknya gemuk-gemuk, daunnya oleh dibuat kipas.”
Tip yang digunakan
1. Guna baja organik sisa sayur dan rumput meliar yang dicabut. Letak pada keliling pokok. Fungsinya untuk pastikan tanah sentiasa sejuk, sambil jadi baja organik bila ia reput.
2. Siram pokok kunyit dengan air yang cukup. Tumbuhan daun memang perlukan air banyak sebab tak boleh menyimpan stok air. Adanya sisa tanaman yang diletakkan pada pangkal pokok juga bantu lembapkan tanah.
3. Pokok yang kurang air akan menyebabkan daunnya jadi kuning.
4. Boleh guna siram dengan air basuhan beras, petua ini memang berkesan untuk suburkan pokok kunyit.
5. Jika daun pokok kunyit dimakan ulat, amalkan ‘mengasap’ pokok pada waktu petang (jam 6.30 ke atas). Ini kerana pada waktu inilah ulat selalu datang. Boleh bakar sarang telur dan letak baranya di bawah pokok/dekat pokok, InsyaAllah tiada ulat atau bena menyerang.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Berkebun Tepi Rumah
Kredit -
Post a Comment