Penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar, baru-baru ini, telah menarik perhatian ramai selepas tular video memaparkan dirinya bersama dua orang aktres iaitu Sophia Albarakbah dan Nelissa Niza.
ARTIKEL MENARIK:“Mana Yang Duk Kata Kepris Fitnah PU Dulu?” – Pernah Dikecam ‘Buka Aib’, Caprice Bersuara Selepas PU Azman Dihukum Penjara
Tiada sebarang sentuhan waktu menari
Dalam video yang tular itu, Alif dilihat sedang menari bersama dua pelakon itu, tetapi pengacara itu menegaskan tiada sebarang sentuhan yang berlaku sewaktu merakam video berkenaan bagi mempromosikan filem terbaru, Reeza GTR.
Kata Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Bin Mohd Satar, dia masih tahu untuk menjaga batas, terutama ketika bersama wanita yang bukan mahram.
Mereka tahu perlu jarakkan diri walaupun saya tak suruh. Tapi pasukan pemasaran mungkin ada cara lebih baik untuk mempromosikannya.
Terpulang netizen nak fikir apa
Bagaimanapun, kebanyakan netizen merasakan ia tidak selari dengan imej Alif yang sering mengajak orang ramai untuk menyertai ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ sejak tahun lalu.
Kalau orang kaitkan dengan kempen Geng Subuh Macam Jumaat, itu memang tanggungjawab sebagai Muslim. Tapi, secara peribadi, saya tahu batas perlu dijaga. Kalau tengok betul-betul video, memang tak bersentuhan dan jarak antara kami jauh. Jadi, terpulang kepada mereka dengan pendapat masing-masing.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment