Biarpun sudah mencecah usia 99 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dapat menunjukkan kehebatan dan ketangkasannya memandu kereta.
Dapat dilihat, bekas Perdana Menteri itu memandu dengan kelajuan lebih 154 kilometer sejam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
ARTIKEL MENARIK:“Bapa Ada 34 Anak Tapi Cuma Kenal 2 Saja, Kanak-Kanak GISBH Didoktrin Sebagai ‘Anak Yatim’..” – Ketua Polis Negara
Video memaparkan perkara tersebut telah dimuat naik di platform media sosial dan kelihatan Tun M memandu sebuah kereta Audi Q5 SUV di litar lumba tersebut.
Beliau ditemani oleh Pengerusi Bukan Eksekutif SIC iaitu Tan Sri Mohamed Azman Yahya.
Loading...
Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat kehebata Tun M memandu dalam kelajuan tinggi di SIC, malah ramai kagum kerana masih tangkas biarpun sudah berusia hampir satu abad.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment