‘Transfer Power’ Melalui Udara, Disuruh Cerai Isteri Untuk Uji Ketaatan & ‘Dihadiahkan’ Wanita Jika Setia – Antara Sisi Gelap GISBH Yang Terbongkar

‘Transfer Power’ Melalui Udara, Disuruh Cerai Isteri Untuk Uji Ketaatan & ‘Dihadiahkan’ Wanita Jika Setia – Antara Sisi Gelap GISBH Yang Terbongkar

Dalam pendedahan terbaru, Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) menceritakan antara ajaran amalan sesat pernah dilakukan oleh GISBH.

‘Transfer Power’ Melalui Udara, Disuruh Cerai Isteri Untuk Uji Ketaatan & ‘Dihadiahkan’ Wanita Jika Setia – Antara Sisi Gelap GISBH Yang Terbongkar



Tulis PUKAS di FB, jemaah GISBH didoktrin agar sentiasa taksub kepada pemimpin. Setiap juzu dari badan dan sisa pemimpin dikatakan mempunyai berkat.

ARTIKEL MENARIK:“Demi FYP, Sanggup Rosakkan Perniagaan Orang Kita Sendiri” – Kieda Crepe


Nasiruddin Ali memperkenalkan ajaran baru yang belum pernah diamalkan dalam GISBH sebelum ini iaitu transfer power berkat melalui udara.

Para Ahli Lembaga Penasihat GISBH bersama Nasiruddin akan berperanan sebagai transmitter dengan mengangkat tangan ke langit. Manakala ahli-ahli lain akan menjadi receiver dengan menghalakan tangan ke langit untuk menyambut power berkat pemimpin.

Amalan ini dilakukan semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan aktiviti mereka terbatas untuk bertabarruk dengan pemimpin.

 

Selain itu, jemaah ini juga mengamalkan peraturan ‘mengarut’ yang telah ditetapkan oleh pihak kepimpinan di mana yang lain perlu akur termasuklah diperlakukan seperti hamba.

Menurut bekas pemimpin GISBH, syarikat itu menggunakan tenaga manusia tanpa membayar gaji dan menganggap memberi makanan dan tempat tinggal itu mencukupi.

HQ GISBH

pemimpin GISBH ditahan

Terdapat juga peraturan di mana pemimpin memberi arahan agar suami menceraikan isteri untuk melihat ketaatan kepada jemaah tersebut.



Loading...


Ini dibuat secara berjemaah dan beramai-ramai kerana dipantau oleh seorang pemimpin pada masa itu yang merupakan anak pengasas syarikat.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pula mendedahkan mana-mana ahli jemaah yang patuh dan taat dengan peraturan dan arahan daripada pemimpin GISBH akan ‘dihadiahkan’ isteri dan dinaikkan pangkat sebagai ketua.

Sebab itulah, apabila polis siasat sesetengah individu termasuklah pemimpin atasan GISBH, mereka ada lebih daripada dua isteri. Bagi yang ingkar arahan pula, mereka ini akan diugut dan tidak dibenarkan keluar dari jemaah.

jemaah wanita GISBH

tan sri razarudin

 Kredit -beautifulnara



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post