Pendakwah selebriti, PU Azman hari ini dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Noridah Adam selepas pendakwah dan pelakon itu didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dua tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK:“Terima Kasih Daddy Fatima..” – Fattah Amin Kirim Kad Sempena Hari Lahir, Doakan Nur Fazura Terus Bahagia
Noridah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan menjatuhkan masing-masing 12 tahun penjara dan satu sebatan bagi dua pertuduhan yang berjalan berasingan.
Mahkamah turut menetapkan PU Azman atau Azman Syah menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.
Mengikut pertuduhan, pendakwah berusia 43 tahun itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, Klang, pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.
Dia yang dikenali sebagai Cik Man turut berdepan 9 pertuduhan iaitu 5 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.
Kredit -beautifulnara
Post a Comment