Ibu Bapa Zayn Rayyan Dakwa Terima Tekanan Ketika Ditahan Reman & Diugut Untuk Mengaku Bersalah

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dakwa Terima Tekanan Ketika Ditahan Reman & Diugut Untuk Mengaku Bersalah

Peguam, Fahmi Abd. Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf iaitu ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan mendakwa anak guamnya diugut untuk mengaku bersalah.

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dakwa Terima Tekanan Ketika Ditahan Reman & Diugut Untuk Mengaku Bersalah



Selain itu, pasangan itu juga turut didakwa menghadapi pelbagai tekanan dan manipulasi dalam usaha mendapatkan pengakuan bersalah mereka.

ARTIKEL MENARIK:Keluarga Zayn Rayyan Buat Laporan Polis Penyebaran Konon ‘Fakta Kes’ Dari Telegram Edisi Siasat


Tambahnya, mereka berdua telah membuat lapran polis pada 25 Julai lepas selepas dibebaskan berhubung ugutan diterima ketika ditahan reman dan sehingga kini masih menunggu laporan siasatan.


Menurut Fahmi, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Shah Alam dan Sungai Buloh namun hingga kini tiada maklumat yang diterima berkaitan perkembangan siasatan.


Loading...


Laporan terhadap siapa, kami tidak boleh dedahkan di sini kerana ia akan didedahkan pada perbicaraan nanti. Cuma kami harap siasatan dibuat bagi memastikan perkara (yang didakwa) itu selain untuk membersihkan nama anak guam kami.

Hingga kini kedua-duanya tidak dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan. Laporan telah dibuat dan mereka juga telah mendedahkan nama pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini.


Kredit -beautifulnara



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post