SHAH ALAM – Empat isteri dan tiga anak seorang Ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) direman bagi membantu siasatan berhubung pengekploitasian dan pemerdagangan kanak-kanak.
Perintah reman selama tujuh hari itu dibenarkan Timbalan Pendaftar Muhammad Firdaus Abdul Rashid di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.
ARTIKEL MENARIK:“Demi FYP, Sanggup Rosakkan Perniagaan Orang Kita Sendiri” – Kieda Crepe
Peguam Rosli Kamaruddin berkata, individu itu terdiri daripada enam wanita termasuk warga asing dan seorang lelaki berusia 18 hingga 55 tahun.
“Kesemua mereka termasuk empat isteri Ahli Lembaga Pengarah itu ditahan polis di sekitar Rawang malam tadi.
“Mereka dibenarkan reman tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 Oktober depan,” katanya ketika ditemui pemberita.
Tambah beliau, siasatan antaranya dijalankan mengikut Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022.
Terdahulu, kesemua individu itu tiba dengan menaiki van polis dengan dikawal ketat anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), kira-kira pukul 9.30 pagi.
Mereka dibawa untuk tahanan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Kosmo! pada Rabu lalu melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH) bersama 23 pengikut termasuk isteri dan anaknya disambung reman selama empat hari.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 laporan terbaharu daripada individu yang didakwa menjadi mangsa buruh paksa GISBH.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan mereka yang berusia 14 tahun hingga 20-an itu melibatkan kes yang berlaku sejak 2013 di Selangor, Sarawak dan Kedah.
Sepanjang tempoh bermula 11 September lalu, lebih 300 individu diberkas manakala 572 kanak-kanak diselamatkan polis di rumah jagaan yang diserbu menerusi Ops Global.- KOSMO! ONLINE
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment