“Dia Tenung Tajam, Perhatikan Gerak Geri..” – Hati-Hati Wanita ‘Scammer Golongan Ibu’ Berleluasa, Minta Bayarkan Lampin Bayi Di Pasar Raya

“Dia Tenung Tajam, Perhatikan Gerak Geri..” – Hati-Hati Wanita ‘Scammer Golongan Ibu’ Berleluasa, Minta Bayarkan Lampin Bayi Di Pasar Raya

Seorang wanita, Aireen Nadyia, menceritakan pengalaman ditipu oleh seorang wanita di sebuah pasar raya di Bukit Antarabangsa.

“Dia Tenung Tajam, Perhatikan Gerak Geri..” – Hati-Hati Wanita ‘Scammer Golongan Ibu’ Berleluasa, Minta Bayarkan Lampin Bayi Di Pasar Raya



Kejadian yang berlaku pada 27 Ogos lalu itu menjadi pengajaran buat orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan taktik penipuan yang semakin licik.

ARTIKEL MENARIK:Sudah dua tahun kematian bayi Haura di taska ‘disenyapkan’ – Ibu


Difahamkan, Aireen terserempak dengan seorang wanita yang bersolek rapi di pasar raya Giant yang ketika itu merenung tajam, seolah-olah sedang memerhatikan gerak-gerinya.

Dia datang kepada saya dan minta pinjam wang untuk beli lampin pakai buang. Katanya anaknya dah buang air besar dan dia janji nak bayar semula pada malam hari selepas dapat duit dari rakannya.

Atas rasa simpati dan mahu membantu, Aireen bersetuju mahu menawarkan bantuan dengan membayarkan lampin di kaunter tetapi wanita itu mendesaknya memindahkan wang dalam akaun bank.


Loading...


Saya pindahkan RM50 ke akaun Maybank atas nama Shikin. Dia kelihatan ragu-ragu dan sebut, ‘Cukup ke?’ sambil memandang skrin telefon saya. Saya mula rasa tak sedap hati, tapi teruskan sahaja.

Beberapa hari selepas hari kejadian, Aireen terkejut selepas suaminya memaklumkan turut dihampiri wanita yang sama dengan alasan yang serupa.

Rupa-rupanya, wanita terbabit telah melakukan penipuan ini untuk waktu yang lama, bahkan kakak ipar Aireen juga pernah menjadi mangsa penipuan wanita terbabit.


Kredit -beautifulnara



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post